| | | | | |

Amira Othman & Ibu Fattah Amin Hadir Majlis Ilmu Bersama – Netizen Usik ‘Bakal Mak Mentua!

Satu video tular di TikTok memaparkan penyanyi Amira Othman menghadiri sebuah majlis ilmu, namun yang lebih menarik perhatian ialah kehadiran ibu kepada Fattah Amin, Azizah Abdul Ghani, di majlis yang sama!

Dalam rakaman tersebut, Amira yang mengenakan busana kelabu muda dilihat tersenyum ke arah Azizah, sekaligus mencetuskan spekulasi netizen mengenai hubungan mereka.

Netizen Teruja – ‘Menantu & Mak Mentua Dah Jumpa?’

Seperti yang dijangka, netizen segera membanjiri ruangan komen dengan usikan dan spekulasi liar. Ada yang mengatakan ini satu ‘petanda baik’, malah ada juga yang berseloroh bahawa Amira dan bakal ibu mentuanya sedang ‘bonding’ di majlis ilmu tersebut.

Lebih menguatkan teori netizen, sejak kebelakangan ini hubungan Amira dan Fattah menjadi topik perbualan hangat, terutamanya selepas pelakon itu terlibat dalam projek lagu terbaru Amira berjudul ‘Bila Nak Kahwin’.

Namun, Amira sudah menafikan bahawa mereka bercinta, menegaskan bahawa hubungannya dengan Fattah hanya sekadar rakan industri.

Sumber :  Oh Bulan

Similar Posts