Dj Kidd Panggil Emma Maembong ‘Wife’, Sudah sah Bernikah ke siap “I Love You” Netizen mula berspekulasi
Dj Kidd Panggil Emma Maembong ‘Wife’, Sudah sah Bernikah ke siap “I Love You” Netizen mula berspekulasi
Dj Kidd kini menjadi perhatian selepas secara terbuka memuat naik beberapa perkongsian mesra bersama pelakon Emma Maembong, sekali gus menguatkan spekulasi bahawa mereka sudah bernikah.
“Saya Akan Jadi Suami Yang Terbaik”
Dalam hantaran di TikTok, Dj Kidd berkongsi video pendek yang memaparkan momen romantis bersama Emma. Apa yang lebih mengejutkan, dia menyebut mahu menjadi suami terbaik buat aktres itu, malah secara terang-terangan menggelarnya sebagai “wife”.
“Saya akan jadi suami yang terbaik untuk awak (Emma). Wife.”
Seakan tidak cukup dengan itu, Dj Kidd turut meninggalkan kapsyen penuh cinta di hantaran lain, yang sekali lagi menguatkan spekulasi mereka sudah sah bergelar suami isteri.
“I love you. Tak perlu tunggu masuk syurga untuk jumpa bidadari.”
Perkongsian ini pantas mencuri perhatian netizen yang sebelum ini sudah mula berteka-teki mengenai hubungan mereka. Namun, sehingga kini masih tiada sebarang pengesahan rasmi daripada Emma sendiri.
Emma Maembong Masih Berdiam Diri?
Meskipun namanya kini kembali hangat dengan gosip perkahwinan ini, Emma tetap memilih untuk tidak memberi sebarang kenyataan mengenai status hubungannya dengan Dj Kidd. Ketika ditemui di Anugerah Juara Lagu ke-39 (AJL39) baru-baru ini, Emma hanya tersenyum dan mengelak daripada menjawab sebarang soalan berkaitan
Sumber : Oh Bulan