PDRM Band Pukau Orang Ramai Dengan Lagu K-Pop di Sarong Music Run!
Acara Run Sarung Malaysia yang berlangsung pada 8 Februari di Kuala Lumpur bukan sahaja meraikan kepelbagaian budaya Malaysia, tetapi juga mencipta detik unik apabila band marching Polis Diraja Malaysia (PDRM) membuat persembahan lagu K-Pop.
PDRM Band Main Lagu K-Pop & Bruno Mars?
Dalam acara yang dihadiri lebih 10,000 peserta itu, band marching PDRM mencuri perhatian apabila mempersembahkan lagu ‘APT’ oleh Rosé BLACKPINK dan Bruno Mars. Video persembahan tersebut tular di media sosial selepas dikongsi oleh ASEAN Skyline di Facebook, memaparkan suasana meriah dengan peserta yang turut menyanyi dan bersorak bersama.
“Polis Malaysia terkenal dengan sikap tegas tapi sporting ketika menghadiri acara awam macam ni,” tulis kapsyen video itu.
Persembahan ini mendapat pujian ramai kerana menampilkan repertoir lagu moden selain lagu rasmi seperti ‘Perajurit’ dan ‘Malaysia Berjaya’. Netizen juga kagum dengan usaha band marching PDRM untuk menghiburkan orang ramai dengan lagu-lagu yang lebih dekat dengan generasi muda.
“Band marching PDRM benar-benar mengikuti peredaran zaman! Selain lagu patriotik, mereka juga menyanyikan lagu-lagu yang dekat dengan anak muda Malaysia dan pelancong global – memang hebat!” komen seorang pengguna media sosial.
“Nota-notanya memang bukan mudah untuk dimainkan. Saya teruja mereka berusaha untuk belajar lagu-lagu ini,” tambah seorang lagi netizen.
Perdana Menteri Turut Hadir!
Acara Sarong Music Run menyaksikan penyertaan lebih 10,000 orang dalam dua kategori iaitu 3 kilometer berjalan dan 5 kilometer berlari. Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim turut hadir bersama Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Tiong King Sing, serta Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil.
Sumber : Instagram