· · · ·

Jurugambar Bebas ‘Panas Hati’ Dirakam, Marah Orang Awam – “Tak Ada Kerja Lain Ke?”

Masalah ‘ulat gambar’ di kawasan Menara Berkembar Petronas (KLCC) masih belum selesai, malah semakin menjadi bualan ramai. Baru-baru ini, tular satu video memaparkan seorang jurugambar yang tiba-tiba naik angin apabila menyangka dirinya dirakam oleh seorang pengunjung.

Kejadian berlaku ketika seorang makcik sedang merakam video pemandangan KLCC dari dalam kereta. Secara tiba-tiba, seorang jurugambar bebas yang berada di kawasan itu menegur dengan nada berang, menyangka dirinya menjadi subjek rakaman.

Jurugambar ‘Panas’ Bila Dirakam?

Dalam video yang dimuat naik ke Facebook, kelihatan jurugambar berkenaan menuding jari dan memarahi makcik tersebut dengan berkata, “Tak ada kerja lain ke? Mana boleh rakam-rakam macam tu. Akak rakam saya buat apa?”

Namun, makcik itu segera menjelaskan bahawa dia hanya merakam pemandangan KLCC, bukan jurugambar tersebut. Situasi menjadi sedikit tegang apabila individu berkenaan masih tidak berpuas hati sebelum beredar dari tempat kejadian.

Netizen Curiga, Dakwa Jurugambar Takut Kerana Aktiviti Haram?

Insiden ini mencetuskan pelbagai reaksi di media sosial. Ramai berpendapat bahawa jurugambar itu mungkin takut dirakam kerana menjalankan aktiviti yang tidak dibenarkan.

Seperti yang diketahui, golongan ‘ulat gambar’ ini sering menawarkan perkhidmatan fotografi kepada pelancong, namun ada yang bertindak agresif jika ditolak. Malah, terdapat aduan sebelum ini mengenai pengunjung yang dikenakan bayaran tidak masuk akal selepas menggunakan servis mereka.

“Mungkin dia guilty sebab buat benda salah, sebab tu melenting tak tentu pasal,” komen seorang netizen.

“Buat apa nak marah kalau tak ada buat salah? Orang pun bukannya nak rakam dia pun.” tambah seorang lagi.

Sumber : Facebook