· · · ·

Opah Pandu Honda Type R Dengan Bergaya, Netizen Terpukau – “Opah Racing Is Real!”

Satu rakaman video memaparkan seorang opah dengan penuh keyakinan memandu Honda Civic Type R telah mencuri perhatian ramai. Dalam dunia moden yang semakin beralih kepada transmisi automatik, aksi warga emas ini membawa nostalgia kepada ramai peminat kereta manual.

Menerusi video yang dikongsi oleh seorang pemuda di TikTok (@anas_mikael), wanita berusia itu dilihat tenang dan selesa menukar gear tanpa sebarang kekok, seolah-olah sudah biasa dengan pemanduan kereta berprestasi tinggi ini. Difahamkan, kenderaan itu merupakan milik anaknya, namun kecekapan opah mengendalikan jentera itu membuatkan ramai yang kagum.

Opah Berjiwa Racing, Memandu Seperti Profesional

Kebiasaannya, warga emas lebih cenderung menjadi penumpang atau memilih kereta automatik jika perlu memandu sendiri. Namun, opah ini membuktikan sebaliknya. Gerakan tangannya yang lancar menukar gear serta keyakinannya mengendalikan stereng membuktikan bahawa pengalaman memandu manual masih ada dalam dirinya.

Menariknya, kereta yang dipandunya bukanlah model biasa tetapi Honda Civic Type R (FL5) – sebuah jentera dengan prestasi tinggi yang direka khas untuk pemanduan litar. Bukan calang-calang orang boleh memandu kereta ini dengan lancar, namun opah ini melakukannya dengan penuh gaya.

Netizen Teruja, Puji Kehebatan Opah Dengan Kereta ‘Rare’

Di ruangan komen, rata-rata netizen teruja dengan aksi opah ini. Ramai yang menganggapnya sebagai “Opah Racing” dan memuji skilnya yang luar biasa.

“Pergh, makcik-makcik pun boleh bawa Type R. Mantap!” tulis seorang pengguna TikTok.

“Opah zaman dulu memang power bawa manual. Nak drift pun boleh ni!” tambah seorang lagi.

Ramai juga yang berkongsi pengalaman bagaimana ibu bapa atau datuk nenek mereka masih kekal hebat dalam pemanduan manual, malah ada yang lebih handal daripada generasi muda sekarang.

Video : 

@anas_mikael

Opah kata duduk sedap no seat ni , opah tekan sikit vtec on terus 😅 #FL5 #typeR #civic #civicturbo #opah #racing

♬ original sound - Anas Mikael - Anas Mikael