· · · · ·

Ammar Nazhan Dedah Polis & Tentera Dalam Kontennya di Indonesia Hanya Berlakon!

Kontroversi mengenai YouTuber Ammar Nazhan terus hangat diperkatakan selepas aktivis dan rapper terkenal, Caprice, membongkar kebenaran di sebalik insiden kehilangan salah seorang kru Ammar, Eyka, dalam hutan di Indonesia.

Menerusi sesi podcast bersama Caprice, Ammar akhirnya mengakui bahawa pasukan polis dan tentera yang kononnya terlibat dalam misi pencarian Eyka hanyalah pelakon semata-mata. Namun, lebih mengejutkan, Ammar mendakwa mereka tidak menerima sebarang bayaran untuk lakonan tersebut!

“Tak Ada Bayaran, Aras Yang Urus Semua!”

Dalam podcast tersebut, Ammar mendedahkan bahawa seorang lagi YouTuber yang turut terlibat dalam pembikinan konten tersebut, Aras Abdullah, adalah individu yang menguruskan segala urusan dengan pihak polis dan tentera berkenaan.

Tambah Ammar, pasukan keselamatan tempatan itu juga pernah bekerjasama dengan beberapa YouTuber lain sebelum ini, jadi mereka tidak mempunyai masalah untuk menyertai kontennya.

Namun, pendedahan ini menimbulkan lebih banyak persoalan—adakah pihak berkuasa di Indonesia sedar bahawa mereka dipergunakan untuk konten hiburan semata-mata? Atau adakah mereka benar-benar percaya dengan insiden kehilangan yang didakwa itu?

Netizen Makin Keliru, Cerita Makin Berbelit!

Sejak pendedahan ini dibuat, ramai netizen berasa tertipu dan semakin keliru dengan versi cerita yang berubah-ubah. Sebelum ini, Ammar menegaskan bahawa kejadian kehilangan Eyka adalah benar, namun kini dia sendiri mengakui bahawa polis dan tentera yang terlibat hanyalah berlakon!

Lebih ramai warganet kini mendesak Ammar untuk tampil dengan penjelasan yang lebih telus dan tidak mengelirukan orang ramai dengan pelbagai versi cerita.

 

Sumber : Instagram