· · · · · · ·

“Kaw-Kaw Kena Scam” – Individu Kantoi ‘Cabut Undi’ Dari Poket Seluar Untuk Menang Lucky Draw

Gelagat ‘Pelawak’ Dalam Cabutan Bertuah Expo Curi Perhatian

Sebuah video yang tular di media sosial mencuri perhatian ramai apabila aksi seorang individu dalam acara cabutan bertuah menimbulkan tanda tanya. Video tersebut dipercayai dirakam di sebuah expo dan memaparkan detik mencurigakan ketika proses cabutan dijalankan.

Dalam video itu, peserta yang memakai baju putih dilihat seolah-olah ‘terlalu bernasib baik’ apabila berjaya mendapatkan kertas cabutan bertuah. Namun, ramai netizen menyedari satu perkara pelik – lelaki itu kelihatan meraba poket belakang seluarnya dan mengeluarkan sesuatu sebelum ‘terjatuh’ dan menunjukkan undiannya. Lebih mencurigakan, isi dalam poketnya turut kelihatan terkeluar!

Netizen Tak Puas Hati, Ada Yang Terhibur!

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen mengesyaki individu itu sebenarnya telah menyediakan undiannya sendiri dari awal. Ada yang geli hati melihat aksi tersebut, tetapi tidak kurang juga yang mengecam tindakan itu sebagai satu bentuk penipuan terhadap pengunjung lain yang menyertai cabutan bertuah dengan jujur.

“Scam level pro! Terjatuh konon, tapi kantoi poket terbuka!” tulis seorang netizen.

“Macam magic show, tiba-tiba ada kertas keluar dari poket,” tambah seorang lagi.

Walau apa pun, ramai yang masih tertanya-tanya – adakah lelaki tersebut benar-benar menang cabutan bertuah itu, atau pihak penganjur berjaya menghidu ‘trik’ yang dilakukan?

 

Sumber : Tiktok