Cik Epal Jerit Panggil Anak Depan Rumah Jofliam, Dakwa 3 Bulan Dihalang Berjumpa
Personaliti media sosial, Cik Epal meluahkan rasa kecewa selepas mendakwa dihalang daripada bertemu anak-anaknya, Han dan Yuki, ketika datang ke rumah bekas suaminya, Jofliam.
“Dah 3 Bulan Aku Tak Jumpa Anak-Anak”
Menerusi perkongsian di Instagram, Cik Epal atau nama lengkapnya Murni Mahmud meluahkan perasaan rindu terhadap anak-anaknya kerana sudah tiga bulan tidak dapat bertemu mereka.
“Dah 3 bulan aku tak jumpa anak-anak aku. Aku rindu sangat-sangat dekat depa.”
Menurutnya, sebelum ini Jofliam meminta dia datang sendiri untuk mengambil anak-anak dan perlu membawa pihak polis serta peguam. Namun, apabila dia datang semula, dia tetap tidak dibenarkan berjumpa dengan Han dan Yuki.
“Hari ni aku datang lagi nak ambil anak-anak aku!! Kau dah pisahkan aku, ibu kandung Han dan Yuki, dah berbulan-bulan. Kau memang kejam dan zalim!”
Lebih menyedihkan, ketika Cik Epal cuba menghubungi anaknya melalui panggilan telefon, mereka langsung tidak menjawab.
“Aku call Han pun tiba-tiba Han tak angkat. Aku jerit-jerit panggil nama Han dan Yuki tapi depa tak turun. Logik ke?”
“Hak Penjagaan Dah Lama Milik Aku”
Dalam perkongsian lain, Cik Epal mendakwa hak penjagaan anak-anak telah diberikan kepadanya sejak dulu, namun dia tetap membenarkan bekas suaminya mengambil mereka tanpa sebarang syarat.
“Hak penjagaan Hadhanah dapat dekat aku dari dulu. Masa giliran dia aku bagi tanpa syarat. Giliran aku kenapa peram anak sampai berbulan-bulan tak bagi aku?”
Selain itu, Cik Epal turut mempersoalkan sambutan raya tahun ini, di mana mengikut aturan, Han dan Yuki sepatutnya beraya bersamanya.
“Raya tahun 2025 ni pun sepatutnya Han dan Yuki raya dengan aku.”
Sumber : OhBulan