· · · · · · ·

Fara Salleh Fail Cerai, Dakwa Shuk Sahar Tak Bagi Nafkah Cukup & Lebihkan Kawan

Isteri kepada pelawak Shuk Sahar, Fara Salleh, telah memfailkan penceraian terhadap suaminya itu pada awal Februari 2024. Menerusi perkongsian terbaharu di Instagram Story, Fara meminta Shuk memberi kerjasama sepenuhnya sepanjang proses perceraian mereka.

“Dah Lah Aku Tak Diizinkan Kerja, Nafkah Pun Tak Cukup”

Fara turut mendedahkan bahawa dirinya tidak diizinkan untuk bekerja, namun dalam masa yang sama, nafkah yang diberikan oleh Shuk tidak mencukupi untuk menampung kehidupannya.

“Yang aku pelik, dah lah aku tak diizinkan kerja, nafkah pun hmm.. Aku ada followers, aku buat review jual produk tapi kenapa muka-muka dalam Podcast Lepak Bapak yang jual produk Shuk? Takut sangat eh aku berduit? Sanggup bagi produk pada orang lain untuk jualkan.”

Sebelum ini, Fara pernah memuat naik hantaran menyatakan rasa kecewanya terhadap Shuk yang lebih mengutamakan kawan-kawan berbanding dirinya sendiri, sedangkan isteri orang lain sentiasa dibantu oleh suami masing-masing.

“Sanggup Tolong Orang Luar Berbanding Isteri Sendiri”

Menurut Fara, Shuk bukan sahaja lebihkan rakan-rakannya dalam hal kerja, malah dia juga tidak pernah diberi peluang untuk menjual produk milik suaminya sendiri.

“Nampakkan Shuk Sahar sanggup tolong orang luar berbanding isteri sendiri? Fahamkan kenapa akaun aku kadang-kadang tinggal RM30 ke RM50? Dan yes, aku teruskan untuk cerai atas beberapa sebab termasuk nama kawan-kawan dia yang lain.”

Rumah Tangga Tak Bertahan Lama

Untuk rekod, Fara dan Shuk mendirikan rumah tangga pada November 2023, namun perkahwinan mereka dilihat tidak bertahan lama.

Sebelum ini, Shuk pernah berkahwin dengan Rossa Sera, namun rumah tangga mereka berakhir dengan perceraian pada 22 Mac 2023. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata, Nur Qurratu Ain, 9, dan Nur Assyifatu Aimi, 6 tahun.


Sumber : OhBulan