· · · · · · ·

Sky Taizo Masih Tercari-Cari Ibu, Ridzuan Ridzokumura Dedah Kesedihan Anak

Pemergian Akiko Okumura bukan sahaja meninggalkan kesan mendalam kepada suaminya, Ridzuan Ridzokumura, tetapi juga anak mereka, Sky Taizo Okumura yang baru berusia 13 tahun.

“Kenapa Tuhan Ambil Mak Saya?”

Dalam satu sesi siaran langsung di TikTok pada pagi Ahad, Ridzuan berkongsi keadaan Sky yang masih bergelut untuk menerima kenyataan bahawa ibunya telah tiada.

“Fikiran Sky macam kacau bilau. Sekejap dia boleh terima, sekejap tidak. Lepas tu sekejap lagi dia menangis, sekejap okay. Kalau ada orang rapat dengan dia, dia akan menangis balik. Sedih bila teringat mak dia.”

Lebih menyayat hati, setiap kali Sky bangun tidur, dia masih mencari ibunya seolah-olah tidak percaya bahawa ibunya telah pergi buat selamanya.

“Lepas bangun tidur, Sky akan cari mak dia. Sky kata kenapa Tuhan ambil mak dia masa umur dia 13 tahun.”

Sebagai seorang ayah, Ridzuan mengakui dia juga masih bersedih tetapi harus kekal kuat demi anaknya.

Kasih Sayang Seorang Ayah

Pada Jumaat lalu, Ridzuan memaklumkan isterinya telah meninggal dunia. Namun, punca kematian tidak didedahkan.

Ridzuan dan Akiko mendirikan rumah tangga pada Februari 2009, dan hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Sky Taizo Okumura yang kini berusia 13 tahun.

 

Sumber : OhBulan