Gossip · Influencer · Kini Trending · Kontroversi · Selebriti · Sosial · Terkini · Viral

Dalam memilih pasangan hidup, setiap orang pasti mempunyai keutamaan tersendiri. Begitu juga dengan Dr Amalina Aiza, isteri kepada pempengaruh Andika Putera, yang mengakui dia mahukan sesuatu yang berbeza dalam hubungan.
Menerusi satu perkongsian di TikTok, Dr Amalina berkongsi bagaimana dia akhirnya memilih Andika sebagai suami selepas mula berminat dalam bidang perniagaan.
“Saya memang kerja sebagai doktor, tapi sebenarnya saya minat buat bisnes. Masa tu saya tengah berjinak-jinak lagi. Andika cakap masa tu saya masih ‘baby in business’,” katanya.
Mahukan Hubungan Yang Berbeza
Menurut Dr Amalina, dia sengaja tidak memilih lelaki dari bidang yang sama kerana kesibukan kerja sebagai doktor sering membataskan masa untuk berkenalan lebih rapat.
“Saya tak pilih lelaki yang kerja sebagai doktor juga sebab kami dua-dua sibuk. Tak sempat nak berkenalan. Kadang-kadang kalau bercakap pun, hanya tentang kerja. Jadi, agak bosan sikit. Saya nak sesuatu yang lain.”
Bagi Andika pula, perkahwinan mereka bukan sekadar penyatuan dua hati, tetapi juga peluang untuk bertukar ilmu dalam dua bidang yang berbeza – perubatan dan perniagaan.
Sebagai rekod, Andika sebelum ini pernah berkahwin dengan Ananda Natasha. Mereka bercerai buat kali pertama pada tahun 2022, namun rujuk semula demi kebaikan anak mereka, Alisha Puteri, sebelum berpisah secara rasmi pada Disember tahun lalu.
Pada 15 Januari lalu, Andika sah bergelar suami kepada Dr Amalina dalam satu majlis pernikahan tertutup.
Sumber : Oh Bulan