Lelaki Selamba Togok Air Kelapa Ketika Berpuasa, Reaksi Selepas Ditegur Bikin Ramai Terhibur!
Berpuasa bukan sekadar menahan lapar dan dahaga, tetapi juga melatih diri untuk mengawal tabiat harian. Namun, ada kalanya kita ‘terlupa’, terutama di awal Ramadan, seperti yang terjadi kepada seorang lelaki ini.
Minum Air Kelapa Dengan Tenang, Terus Panik Bila Ditegur
Dalam satu video yang tular di TikTok (@elin_fazlin98), seorang lelaki sedang sibuk memotong kelapa, sementara seorang lagi masih mengait buah kelapa di atas pokok.
Tanpa berfikir panjang, lelaki itu terus menogok air kelapa segar yang baru dibelahnya. Namun, saat dia ditegur dengan jeritan “Hei, puasa!”, reaksinya berubah drastik!
Terkejut dengan teguran itu, lelaki tersebut segera meludah kembali air yang sudah diteguknya. Paniknya jelas terpancar, membuatkan ramai netizen terhibur dengan insiden spontan tersebut.
Ramai Pernah Alami Situasi Sama
Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen mengaku pernah berada dalam situasi yang sama, terutama pada hari-hari awal Ramadan. Ada yang secara tidak sedar mengambil makanan atau minuman, hanya untuk tersedar selepas suapan pertama.
Selain itu, gelak tawa pemilik video yang turut terakam menambah lagi kelucuan situasi ini.
Terminum Ketika Puasa, Batal Atau Tidak?
Menurut Pejabat Mufti, jika seseorang makan atau minum kerana terlupa bahawa dia sedang berpuasa, puasanya tidak terbatal. Ini kerana perbuatan tersebut berlaku di luar kawalan dan tanpa sengaja.
Jadi, bagi sesiapa yang mengalami kejadian seperti ini, jangan risau! Puasa tetap sah, dan ibadah boleh diteruskan seperti biasa kerana Allah Maha Pemurah dan Maha Mengerti.
Sumber : Tiktok
@elin_fazlin98 1 ramadan kejadian tak terduga berlaku😂😂
♬ For videos! Rejector weakness system - MoppySound