· · · · · ·

Qadejah Sakat Aliff Syukri, Akui Tak Faham Konsep Lagu Raya Bapanya – “Saya Rasa Lagu Saya Lagi Best”

Persaingan antara Qadejah Aliff Syukri dan bapanya, Datuk Aliff Syukri dalam menghasilkan lagu raya mencuri perhatian ramai. Kedua-duanya melancarkan lagu raya masing-masing pada hari yang sama, namun Qadejah berseloroh bahawa dia lebih menyukai lagunya sendiri berbanding lagu bapanya.

“Tak Faham Dengan Lagu Raya Abah”

Menurut Qadejah, dia langsung tidak rasa terancam dengan pelancaran lagu bapanya pada hari yang sama, malah menganggapnya sebagai satu persaingan sihat dalam keluarga.

“Lagu raya saya dan lagu raya abah siap pada masa yang sama. Waktu makan malam, saya dan abah sama-sama tunjuk lagu masing-masing.”

“Tapi saya rasa lagu saya lebih best. Saya sendiri tak faham dengan lagu raya abah.”

Tambahnya, kehadiran penyanyi Iman Troye dalam lagunya juga memberi impak besar dan menjadikannya lebih sedap didengar.

Kecaman Itu Biasa, Bantu Jadi Lebih Baik

Ketika ditanya mengenai reaksi netizen terhadap lagunya, Qadejah mengakui dia menerima segala kritikan dengan hati terbuka dan menganggap ia sebagai peluang untuk memperbaiki diri.

“Saya anggap hentaman (kecaman) sebagai sesuatu yang baik. Ia akan menjadikan kita orang yang lebih baik. Setiap kritikan, saya ambil sebagai pengajaran.”

Sebagai info, lagu raya Raya Gen Z yang dinyanyikan Qadejah bersama Ara Aziz, Alyssa Dezek dan Cik B kini meraih lebih 110,000 tontonan di YouTube sejak dilancarkan pada 1 Mac lalu.

Manakala, lagu raya Raya Ya Ya nyanyian bapanya, Datuk Aliff Syukri pula mencatat 617,000 tontonan setakat ini.

 

Sumber : OhBulan