· · · · · ·

Fara Salleh Dedah Mesej Hinaan & Pengakuan Shuk Sahar Tampar Dirinya

Kemelut rumah tangga antara pelawak Shuk Sahar dan isterinya, Fara Salleh semakin hangat apabila Fara tampil mendedahkan mesej perbualan yang menunjukkan dirinya dikasari dan dihina oleh suaminya sendiri.

Menerusi perkongsian di Instagram Story (IGs), Fara memuat naik tangkapan skrin mesej Shuk yang mengakui telah menamparnya serta mengeluarkan kata-kata kesat.

“Aku tampar kau saja Fara. Tampar saja kau kata pukul? Kau ingat aku bernafsu dengan kau? Angkat baju pun malu tengok tadi. Papan. Geli,” tulis Shuk dalam mesej yang didedahkan.

Selain itu, Fara turut berkongsi mesej dari seorang individu yang mendakwa dirinya berada di balai polis pada waktu yang sama ketika Fara membuat laporan berhubung kejadian tersebut.

Untuk rekod, Fara dan Shuk mendirikan rumah tangga pada November 2023. Namun, pada awal Februari lalu, Fara telah memfailkan penceraian terhadap suaminya akibat konflik yang semakin meruncing dalam rumah tangga mereka.

 Sumber :Instagram @f.zzatys