· · · · · ·

Jofliam Kongsi Gambar ‘Fitting’ Baju Pengantin, Bakal Tamat Zaman Duda?

Usahawan dan pempengaruh media sosial, Jofliam kembali mencuri perhatian apabila memuat naik beberapa hantaran yang memberi bayangan dirinya bakal menamatkan zaman duda dalam masa terdekat.

‘Fitting Baju Kahwin’

Menerusi Instagram Story (IGs), Jofliam atau nama sebenarnya Jofli Abu Bakar berkongsi gambar seorang wanita sedang mencuba busana pengantin di sebuah butik. Tidak hanya itu, dia turut berkongsi gambarnya sendiri ketika seorang pekerja butik sedang mengukur badannya, dipercayai bagi sesi ‘fitting’ pakaian perkahwinan.

“Fitting baju. Janji kurus sebelum raya,” tulisnya dalam hantaran tersebut.

Bakal Nikah?

Apa yang lebih menarik perhatian, Jofliam menggunakan lagu romantik Sampai Tua Nanti nyanyian Andmesh sebagai latar muzik bagi kedua-dua hantaran tersebut, seakan-akan menguatkan spekulasi bahawa dia bakal berkahwin dalam masa terdekat.

Sebelum ini, nama Jofliam hangat diperkatakan susulan kemelut rumah tangganya bersama bekas isteri, Cik Epal, yang berakhir dengan penceraian. Perselisihan antara mereka mencetuskan pelbagai pendedahan di media sosial, termasuk dakwaan bahawa pekerja Jofliam, Dewi, menjadi punca keretakan rumah tangga mereka.

Jofliam akhirnya mengakui menjalin hubungan cinta dengan Dewi dan memaklumkan bakal mendirikan rumah tangga tidak lama lagi.

Untuk rekod, Jofliam dan Cik Epal mendirikan rumah tangga pada 1 Jun 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata, Han dan Yuki. Namun, mereka bercerai pada tahun lalu selepas 10 tahun bersama.

Sumber: IG Jofliam