· · · · · ·

Gerai Churros Terbakar di Tengah Bazar Ramadan, Peniaga Nyaris Jadi Mangsa

Suasana santai di Bazar Ramadan Semabok Perdana tiba-tiba bertukar panik apabila gerai menjual churros milik seorang peniaga muda, Alif, musnah dijilat api dalam sekelip mata, petang Rabu lalu. Kejadian dramatik itu tercetus apabila api tiba-tiba marak dari kuali yang digunakan untuk memasak, hingga hampir menyambar dirinya yang berada sangat dekat dengan sumber kebakaran.

Detik-detik cemas kejadian tersebut turut dirakam dan pantas tular di media sosial, di mana Alif pada awalnya kelihatan tenang menggoreng kuih churros sambil merakam video. Namun, tanpa diduga, api menyambar kuali tersebut dan mencetuskan situasi panik apabila menyedari saluran gas masih lagi bersambung. Walaupun dalam keadaan kelam-kabut, Alif berjaya menyelamatkan dirinya, tetapi gagal mengelak daripada kehilangan khemah serta peralatan jualannya yang hangus dalam kejadian itu.

Susulan insiden ini, Alif tampil dengan reaksi penuh tenang dan menerima situasi ini sebagai ketentuan takdir, serta bersyukur kerana terselamat tanpa mengalami sebarang kecedaberaan. Kisahnya kini tular di media sosial, menarik perhatian orang ramai serta mendapat simpati netizen, selain menjadi peringatan supaya lebih berhati-hati ketika berniaga terutama sepanjang Ramadan ini.

 

Sumber: Sinar Harian