· · · · · ·

Netizen samakan Fazura dengan Aliff Syukri selepas nyanyi lagu raya secara live, “Part Diam Lagi Sedap”

Netizen samakan Fazura dengan Aliff Syukri selepas nyanyi lagu raya secara live, “Part Diam Lagi Sedap”

Pelakon dan penyanyi popular, Fazura, baru-baru ini mencuri perhatian netizen apabila menyanyikan lagu raya terbarunya secara siaran langsung di TikTok. Lagu berjudul Raya Pum Pang yang merupakan duet bersama Syasya Rizal itu menjadi bualan ramai selepas nyanyian live Fazura menimbulkan pelbagai reaksi.

Dalam sesi tersebut, Fazura yang berusia 42 tahun dilihat menyanyikan bahagian korus dengan penuh ceria sambil menari mengikut irama lagu yang dimainkan. Momen itu dikongsikan menerusi akaun TikTok @fazura.officialstore.

“Fazura belanja lagu Raya Pum Pang waktu siaran langsung hari tu love sangat,” tulis pengendali akaun tersebut.

Lagu ciptaan komposer Mage, Ja’a, Glowrush, dan Nick Ariff itu semakin mendapat perhatian pendengar. Malah, video muzik rasmi yang dilancarkan pada 7 Mac lalu sudahpun meraih lebih 600,000 tontonan.

Namun, apa yang mengejutkan adalah tindakan Fazura menyanyikan lagu tersebut secara langsung telah menerima lebih banyak kritikan daripada pujian. Rata-rata netizen berpendapat vokalnya kurang memuaskan dan menyamakannya dengan suara usahawan kontroversi, Datuk Seri Aliff Syukri yang sering dikecam kerana nyanyian sumbangnya.

 

Sumber:  Tiktok.com

@fazura.officialstore

Fazura belanja lagu raya pung pang waktu live hari tu love sangat 🥰🥰 #fazura #tudungfazura #fatima #fatzura

♬ original sound - Fazura.Official - Fazura.Official