‘Tak Mahu Bermusuhan’ Eva Noza Mohon Ruang Sepanjang Tempoh Iddah, Ambil Pendirian untuk sembunyikan Keburukan Abang Viva
Eva Noza, isteri kepada sukarelawan popular Abang Viva, menarik perhatian ramai apabila memberikan bayangan bahawa rumah tangganya dengan Azwan Omar kini telah berakhir.
Menerusi video yang dikongsikan di TikTok, Eva meminta orang ramai agar memberinya ruang untuk menjalani tempoh iddah selain perlu fokus mencari rezeki untuk meneruskan kehidupannya.
Eva juga menegaskan bahawa dia enggan memburukkan bekas suaminya meskipun mereka kini tidak lagi mempunyai sebarang hubungan.
“Saya tak sanggup nak mengata orang yang pernah ada dalam hati saya. Walaupun sekarang kami dah tiada apa-apa hubungan, saya masih hargai dia. Dia bukan musuh saya.
“Saya tak tahu macam mana ada orang yang sanggup bercerita buruk tentang orang yang pernah berkongsi hidup dengan dia,” katanya.
Eva turut menyatakan bahawa dia tidak akan mengulas sebarang hantaran yang dimuat naik oleh Abang Viva di media sosial.
“Dia pernah jadi sebahagian daripada hidup saya. Saya hargai dia cuma saya nak berpisah dengan cara baik. Saya tak mahu bermusuh dengan sesiapa, teruskanlah dengan kehidupan masing-masing.
“Terima kasih sebab pernah hadir dalam hidup saya dan akhirnya bagi luka sebegini dalam,” luahnya.
Terdahulu, Abang Viva atau nama sebenarnya Azwan Omar, mengesahkan bahawa dia dan Eva sudah bercerai menerusi satu perkongsian di TikTok. Dalam perkongsian tersebut, dia memaparkan tangkap layar mesej dengan individu lain yang menasihatinya untuk rujuk ke pejabat agama bagi menyelesaikan masalah rumah tangga mereka.
Sebelum ini, pasangan tersebut dikatakan berdepan konflik apabila Abang Viva didakwa bertukar mesej dengan seorang wanita berstatus isteri orang. Dia juga dituduh menceritakan keburukan Eva kepada wanita berkenaan, selain mengakui bahawa dia sudah tidak sanggup lagi bertahan dengan Eva.
Untuk rekod, Abang Viva dan Eva Noza mendirikan rumah tangga pada 14 Oktober 2022.
Sumber: TIKTOK