Elon Musk Mengamuk Rugi RM128 Bilion Dalam Sehari, Apa Sebenarnya Yang Berlaku?
Elon Musk Mengamuk Rugi RM128 Bilion Dalam Sehari, Apa Sebenarnya Yang Berlaku?
Bilionair teknologi terkenal, Elon Musk mengalami kejutan besar apabila beliau dilaporkan mengalami kerugian sebanyak USD29 bilion (RM128 bilion) dalam tempoh satu malam sahaja, menurut laporan NDTV.
Namun begitu, walaupun kerugian besar tersebut, Musk masih kekal sebagai individu terkaya di dunia dengan jumlah kekayaan bersih sekitar USD319.6 bilion, menurut data terkini dari Forbes.
Kejatuhan mendadak ini berpunca daripada kemerosotan saham syarikat automotif elektrik miliknya, Tesla, yang jatuh sebanyak 15% pada Isnin lalu. Ini merupakan kejatuhan terbesar saham Tesla sejak September 2020.
Setakat ini, saham Tesla telah merosot sebanyak 55% berbanding paras tertingginya pada Disember 2024. Lebih membimbangkan, sepanjang tahun 2025 sahaja, kekayaan Musk telah menyusut sebanyak USD132 bilion (RM2.169 trilion), iaitu lebih daripada 30% daripada jumlah keseluruhan.
Elon Musk dan Kontroversi DOGE
Selain masalah saham Tesla, kontroversi lain turut menjejaskan imej Musk. Sebelum ini, beliau dilantik oleh bekas Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, untuk mengetuai Lembaga Kecekapan Kerajaan (DOGE). Tugas utamanya adalah memotong belanjawan kerajaan yang dianggap ‘kurang penting’.
Namun, pelantikan ini mencetuskan kecaman ramai kerana mengakibatkan ramai penjawat awam kehilangan pekerjaan dan beberapa program persekutuan turut dibatalkan. Susulan itu, Gedung Putih dan Jabatan Kehakiman AS (DOJ) menolak pelantikan tersebut dan memilih pegawai lain untuk memimpin DOGE.
Sasaran Serangan dan Kritikan
Dalam perkembangan lain, beberapa kemudahan Tesla turut menjadi sasaran serangan, termasuk kejadian vandalisme yang dipercayai bermotifkan ideologi politik Musk serta peranannya dalam kerajaan.
Ketika ditanya mengenai isu tersebut, Musk menegaskan bahawa misinya adalah untuk membanteras penipuan dan pembaziran dalam kerajaan. “Saya melakukan perkara yang betul,” katanya.
Sumber: NDTV