· · · · · ·

Syed Saddiq ‘Kena Friendzone’ ke? ‘’Saya hadir sebagai seorang sahabat’ – Bella Astillah 

 

Pelakon dan penyanyi, Bella Astillah mencuri perhatian ramai selepas kehadirannya di Mahkamah Rayuan, Putrajaya bagi memberi sokongan terhadap Syed Saddiq baru-baru ini. Kehadirannya yang tampil anggun berbaju kurung pada Khamis lalu mencetuskan pelbagai spekulasi di kalangan netizen.

Namun, Bella dengan tenang menjelaskan kehadirannya hanya sebagai seorang sahabat dan rakan kolaborasi. “Insya-ALLAH, saya datang esok, saya hadir sebagai seorang sahabat,” katanya ketika ditanya sama ada beliau akan hadir pada prosiding yang ditangguhkan ke hari berikutnya.

Difahamkan, Bella yang berusia 31 tahun tampil memberi sokongan moral kepada Syed Saddiq yang sedang berdepan prosiding rayuan bagi mengetepikan sabitan dan hukuman penjara tujuh tahun, dua sebatan serta denda RM10 juta berkaitan kes dana Armada.

Menariknya, ini bukan kali pertama Bella dilihat menemani ahli politik berusia 33 tahun itu. Sebelum ini, mereka pernah dilihat bersama di sidang Dewan Rakyat dengan kedua-duanya mengenakan busana sedondon; Syed Saddiq berbaju Melayu manakala Bella berbaju kurung dengan rona yang sama.

Apa yang lebih mengundang perhatian ialah kapsyen yang dimuat naik Bella pada masa itu, “Insya-ALLAH, saya datang esok, saya hadir sebagai seorang sahabat”. Kapsyen tersebut sekali lagi mengundang spekulasi netizen yang berpendapat Syed Saddiq mungkin sudah ‘kena friendzone’ dan berkemungkinan mereka tidak akan dilihat bersama lagi selepas Hari Raya.

Sumber:  Sinar