Kek Coklat ‘Premium’ FendyMojo Berkulat, Netizen Kecam Harga Dan Kualiti Tak Setimpal
Kek Coklat “Premium” yang dikeluarkan oleh pempengaruh media sosial terkenal, FendyMojo, menjadi perbualan hangat selepas seorang wanita mendakwa kek tersebut berkulat ketika dibuka. Isu ini mencetuskan kecaman ramai netizen yang mempertikaikan kualiti dan harga kek tersebut yang dianggap terlalu mahal.
Beli Kek Mahal, Dapat Kek Berkulat
Dalam satu video ulasan yang tular, seorang wanita mendedahkan bahawa dia telah membuat pesanan kek coklat premium tersebut pada 16 Mac lalu. Namun, setelah membuka bungkusan tersebut beberapa hari kemudian, dia terkejut apabila mendapati kek berkenaan sudah berkulat di beberapa bahagian.
“Saya buka penutup bekas dengan harapan kek dalam keadaan baik sebab saya memang peminat kek coklat. Tapi bila tengok ada bahagian putih (kulat), memang rasa kecewa,” katanya.
Walaupun kecewa, wanita tersebut membuang bahagian yang berkulat dan tetap mencuba rasa kek tersebut. Bagaimanapun, dia mendapati rasanya hanya biasa sahaja dan menjadi lebih enak apabila dicampur dengan coklat ganache sebagai pelengkap rasa.
Netizen Kecam Harga Dan Kualiti Kek
Video tersebut mencetuskan kecaman hebat daripada netizen yang tidak berpuas hati dengan kualiti kek yang didakwa “premium” tetapi berakhir dengan isu kebersihan yang mengecewakan.
“Harga mahal tapi dapat kek berkulat? Ini premium ke premium scam?” soal seorang netizen.
Malah, ramai turut mengecam penggunaan bekas plastik yang dianggap murah dan tidak setanding dengan harga premium yang dikenakan.
“Bekas macam beli kat kedai RM2 je. Kalau nak jual kek mahal, sekurang-kurangnya guna bekas yang lebih berkualiti,” tambah seorang pengguna media sosial.
Jangan Makan Kek Berkulat, Bahaya!
Dalam pada itu, ramai menegur tindakan wanita berkenaan yang tetap memakan kek tersebut walaupun sudah berkulat. Pakar turut menegaskan bahawa walaupun bahagian yang berkulat dibuang, akar kulat (hyphae) berkemungkinan besar telah merebak ke bahagian dalam kek yang tidak kelihatan. Ini berisiko mendatangkan kesan buruk kepada kesihatan.
“Kalau kek dah berkulat, buang terus. Jangan risikokan kesihatan anda hanya kerana nak rasa kek mahal,” pesan seorang pengguna yang bimbang dengan tindakan tersebut.
Sumber:twitter.com
Dah ada dah yg review kek coklat hitam premium
— 🇲🇾 (@localrkyt) March 19, 2025
📹 chamiebasir pic.twitter.com/dLCxWd0VyC