Lelaki Dari Pulau Pinang Diculik Selepas Jumpa ‘Awek Games’ Di Ipoh, Dihantar Ke Golden Triangle
Seorang lelaki dari Pulau Pinang mengalami pengalaman ngeri selepas menjadi mangsa penculikan oleh sindiket Golden Triangle ketika bertemu dengan seorang wanita yang dikenali melalui permainan dalam talian.
Mahu Bertemu Buat Pertama Kali
Mangsa yang berusia 31 tahun berkenalan dengan seorang wanita berusia 20-an yang berasal dari China melalui platform permainan dalam talian. Setelah berbulan-bulan berkenalan, mereka bersetuju untuk bertemu buat kali pertama di Ipoh.
Namun, pertemuan tersebut bertukar menjadi detik hitam apabila wanita terbabit tiba-tiba menutup kepala mangsa dengan kain sehingga menyebabkan lelaki tersebut pengsan.
Diculik Dan Dibawa Ke Golden Triangle
Dalam satu temu bual, Jake (bukan nama sebenar) berkongsi pengalaman detik mencemaskan tersebut. “Sebaik sahaja saya masuk, dia menutup kepala saya dengan kain. Semuanya menjadi gelap, dan saya pengsan. Apabila saya sedar, saya sudah berada di Golden Triangle,” katanya.
Difahamkan, wanita terbabit telah membawa Jake ke Laos melalui jalan tikus dari Kedah hingga ke sempadan Thailand.
Dipaksa Jadi Penipu
Menurut laporan media China, Kwong Wah, Jake mendakwa dia dipaksa untuk belajar teknik melakukan penipuan setelah tiba di lokasi tersebut. “Mujurlah mereka memulangkan telefon saya, jadi saya berjaya menghubungi keluarga saya,” katanya.
Dengan bantuan Pertubuhan Kemanusiaan Malaysia (MHO), Jake akhirnya berjaya pulang ke Malaysia dengan selamat pada 18 Mac lalu.
Sumber: WOB