· · · · · ·

Kad Perkahwinan Jofliam & Dewi Tular, Tarikh Pernikahan Tanggal 5 April Jadi Perhatian!

Tular di media sosial kad jemputan perkahwinan usahawan dan pempengaruh terkenal, Jofliam, bersama wanita dikenali sebagai Emira Delyati Dewi yang dijadualkan berlangsung pada 5 April ini.

Majlis Pernikahan Pada 5 April?

Kad jemputan berwarna putih yang dihiasi corak bunga-bungaan itu jelas tertera tarikh majlis pernikahan mereka dengan tertulis perkataan ‘Majlis Ijab & Qabul, Jofliam & Dewi’. Menurut sumber yang dipercayai, kad jemputan tersebut adalah benar dan sahih.

Apa yang lebih menarik perhatian, sumber turut mendedahkan bahawa tarikh tersebut juga merupakan tarikh ulang tahun kelahiran Dewi, sekaligus menjadikan majlis ini lebih bermakna bagi pasangan berkenaan.

Kontroversi Dewi, Cinta Baru Jofliam

Nama Dewi sebelum ini pernah dikaitkan sebagai individu yang didakwa menjadi punca keretakan rumah tangga Jofliam dengan bekas isterinya, Cik Epal. Susulan dakwaan tersebut, Jofliam tampil mengakui bahawa dia sememangnya menjalin hubungan cinta dengan Dewi yang juga merupakan pekerjanya. Malah, Jofliam turut memaklumkan bahawa dia merancang untuk mendirikan rumah tangga dalam masa terdekat.

Imbas Kembali Perkahwinan Jofliam dan Cik Epal

Untuk rekod, Jofliam dan Cik Epal mendirikan rumah tangga pada 1 Jun 2014 dan hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Han dan Yuki. Bagaimanapun, selepas 10 tahun hidup bersama, pasangan ini akhirnya bercerai pada tahun lalu.

Sumber: Threads