· · · · · ·

Syed Saddiq Hantar Bella Astillah Tunai Umrah, Netizen Doa Agar Mereka Disatukan

Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq sekali lagi menjadi perhatian ramai selepas dilihat menghantar pelakon popular, Bella Astillah, menunaikan umrah di Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA), Sepang.

‘Ramai Sayang Bella’

Perkara ini dikongsikan menerusi Instagram sebuah jenama pakaian yang memuat naik video Bella diiringi Saddiq di KLIA pada awal pagi tadi. Dalam video tersebut, Syed Saddiq bukan sahaja menemani Bella tetapi turut membantu menyorong bagasi aktres berusia 31 tahun itu ke kaunter daftar masuk.

Apa yang lebih menarik perhatian, Syed Saddiq dan Bella turut dilihat bergambar bersama pasukan keselamatan di lapangan terbang berkenaan.

Netizen Doa Agar Mereka Disatukan

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen teruja melihat momen mesra itu dan memuji keprihatinan Syed Saddiq yang sering menunjukkan sikap “act of service” kepada orang sekeliling.

“Alhamdulillah, rezeki Bella dikelilingi orang yang sayang dan mendoakannya,” tulis seorang netizen.

Malah, ada segelintir yang sempat berseloroh dan menitipkan doa agar mereka berdua disatukan sebagai pasangan pada masa akan datang. “Kalau jodoh tak ke mana,” komen seorang pengguna media sosial yang menarik perhatian ramai.

 

Sumber: Instagram Prima Valet