· · · · · ·

Syed Saddiq Reda Kalau Dipenjara, Abang Luah Perasaan: ‘Saya Tak Sanggup Tengok’

Dalam satu episod podcast Parti MUDA yang penuh emosi, abang kepada Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq, iaitu Syed Abdullah tampil memberi kenyataan menyentuh hati tentang ketabahan adiknya yang didakwa berdepan kemungkinan dipenjara.

Menurut Syed Abdullah, meskipun mereka mempunyai banyak perbezaan, dia tidak sanggup melihat adik kandungnya itu dipenjara — lebih-lebih lagi jika Syed Saddiq tidak bersalah.

“Dia cakap dia dah bersiap sedia kalau masuk penjara. Tapi saya tak nak tengok adik sendiri masuk penjara. Lainlah kalau dia memang bersalah. Tapi saya dah kenal Saddiq lama, dan bila orang yang jujur jadi macam ni, hati saya hancur,” katanya.

Dalam sesi podcast yang sama, Syed Abdullah turut memberi kata semangat buat Syed Saddiq untuk terus berjuang demi perubahan dalam politik Malaysia.

“Mereka di Muar boleh jadi saksi — adakah Saddiq benar-benar menjalankan tanggungjawab sebagai wakil rakyat. Saya bangga dan sayang dia kerana sanggup berkorban demi perubahan. Dia ada kebolehan untuk buat lebih baik untuk masa depan negara.”

Syed Abdullah turut menambah bahawa beliau, keluarga, dan rakan-rakan akan terus memberi sokongan moral kepada Saddiq.

“Sedih, kecewa tetapi kami bersama awak. Kawan-kawan awak ada bersama dan saya pasti rakan-rakan di Muar juga akan dapat nilai sendiri. Saya percaya awak dan akan sentiasa doakan,” katanya lagi.

Luahan ini pantas mendapat perhatian netizen yang turut tersentuh dengan situasi dihadapi oleh Syed Saddiq. Ramai yang tampil mendoakan agar segala urusan beliau dipermudahkan dan keadilan ditegakkan.

 

Sumber : Tiktok.com

@yoursyidsyidi

Sedih pula dengar kata kata dari abg YB kali ni 😭😭 #syedsaddiq #spacedollah #podcast #bellaastillah #kes #mahkamah #fyp

♬ som original - clovmsc

Emma Maembong