Dewi Sah Jadi Pengantin Jofliam, ‘Final Fitting’ Bukti Majlis Kahwin Makin Dekat
Dewi, atau nama penuhnya Emira Delyati Dewi, sekali lagi jadi buah mulut netizen selepas memberikan bayangan jelas mengenai status terkini dirinya yang bakal bergelar isteri tidak lama lagi. Melalui hantaran Instagram Story yang dimuat naik baru-baru ini, Dewi dilihat melakukan ‘final fitting’ busana pengantin, sekaligus mengesahkan khabar angin yang tersebar luas sejak beberapa minggu lalu.
Dalam dua foto hitam putih dengan kapsyen ringkas ‘final fitting’, Dewi dilihat seolah-olah sudah bersiap sedia untuk bergelar pengantin, sekali gus menguatkan lagi spekulasi tentang majlis pernikahannya yang dikatakan berlangsung dalam masa terdekat. Lebih menghangatkan situasi, Jofliam—bekas suami Cik Epal—sebelum ini turut berkongsi gambar misteri seorang wanita mengenakan gaun pengantin, dipercayai individu yang sama.
Netizen juga semakin rancak berbual apabila kad undangan majlis pernikahan pasangan ini tersebar luas, dengan jelas menunjukkan majlis tersebut dijadual berlangsung pada 5 April depan. Nama Dewi bukanlah asing dalam kontroversi melibatkan hubungan Jofliam dan bekas isterinya, Cik Epal, di mana dia sebelum ini dikaitkan sebagai individu ketiga yang menjadi punca perpisahan pasangan popular tersebut. Kini, semuanya semakin terang apabila Dewi secara terbuka berkongsi persediaan terakhir sebelum menukar status daripada janda kepada isteri orang.
Sumber: Instagram