· · · · ·

Fattah Amin Akhirnya Buka Mulut, Akui Keluarga Restu Hubungan Dengan Amira Othman

Aktor popular, Fattah Amin akhirnya tampil secara terbuka mengakui bahawa keluarganya memberikan restu dan gembira dengan hubungannya bersama penyanyi terkenal, Amira Othman. Menurut pelakon berusia 35 tahun itu, hubungan baik antara Amira dan keluarganya sudah lama terjalin, malah Amira sendiri pernah hadir dalam majlis keluarga sebelum ini, sekaligus mengeratkan lagi hubungan mereka.

Walaupun ramai peminat teruja dengan perkembangan ini, Fattah bagaimanapun menegaskan bahawa hubungan mereka ketika ini masih sekadar teman rapat dan rakan sekerja yang selesa antara satu sama lain. Fattah turut mengakui tidak berani membuat sebarang kenyataan lanjut mengenai status sebenar hubungan mereka, namun berharap agar peminat sentiasa mendoakan yang terbaik buat dirinya dan Amira. Dalam pada itu, pelakon drama popular Keluarga Itu juga memberitahu bahawa dia ada mengirimkan doa khusus kepada Amira yang kini berada di Tanah Suci menunaikan umrah, terutama pada 10 malam terakhir Ramadan yang dipercayai waktu mustajab doa. Dia turut berharap doa-doa yang dikirimkan akan dimakbulkan demi kebaikan bersama.

Pengakuan Fattah ini sekaligus menamatkan pelbagai spekulasi sebelum ini yang hangat diperkatakan dalam kalangan peminat mengenai hubungan sebenar antara kedua-dua selebriti tersebut.

Video :
https://www.tiktok.com/@fattahamin/video/7486112131746647303?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7397989484308563474