Syed Saddiq & Bella Astillah Tayang Baju Raya Sedondon, Netizen Yakin Sudah ‘Official’!
Hari Raya tahun ini menyaksikan satu lagi pasangan selebriti-pemimpin muda mencuri perhatian apabila Bella Astillah dan Syed Saddiq tampil mengenakan busana sedondon pada hari raya pertama. Bella Astillah, yang sebelum ini terkenal dengan bakat nyanyian serta lakonan, kini kembali hangat menjadi bualan ramai apabila hubungan istimewanya dengan pempengaruh dan ahli politik muda itu semakin jelas terserlah, terutamanya selepas tular video TikTok raya mereka yang meraih jutaan tontonan.
Video yang dimuat naik menerusi akaun TikTok Syed Saddiq itu sehingga kini mencatat lebih 5.1 juta tontonan dengan ratusan ribu tanda suka serta ribuan komen yang memuji keserasian mereka. Diiringi lagu raya yang romantik dengan panggilan ‘sayang’, gelagat mesra mereka membuatkan netizen yakin kedua-duanya bukan lagi sekadar berkawan biasa. Malah, ramai yang teruja dan memberi restu kepada hubungan mereka, selain berseloroh bahawa memakai baju sedondon pada raya pertama seolah-olah menjadi petanda jelas hubungan mereka kini sudah ‘official’.
Bella Astillah yang sebelum ini pernah berkahwin dengan pelakon Aliff Aziz dan mempunyai dua cahaya mata, nampaknya bersedia membuka lembaran baru bersama Syed Saddiq, sekali gus membuatkan ramai peminat tak sabar menunggu pengumuman rasmi daripada pasangan ini.