· · ·

Abang Tesla Panas Diperli Netizen, Bidas Isu Isteri Pertama Photoshoot Raya Sendirian

Belum habis lagi kontroversi yang melanda pempengaruh popular, Abang Tesla atau nama sebenarnya Muhammad Khal Iltizam Yusry apabila sekali lagi namanya menjadi bualan hangat netizen selepas isteri pertamanya, Kak Maj dilihat membuat sesi photoshoot raya bersendirian tanpa kelibat suaminya. Foto-foto raya tersebut yang dimuat naik oleh Kak Maj di TikTok pantas mengundang tanda tanya netizen mengenai keberadaan Abang Tesla, sekaligus mencetuskan pelbagai spekulasi mengenai hubungan mereka ketika ini.

Tidak berdiam diri, Abang Tesla tampil membuat penjelasan tegas menerusi video balas di TikTok, membidas sikap sesetengah netizen yang disifatkannya terlalu ingin tahu tentang urusan peribadinya. Menurut Khal, sebab utama dia tidak muncul dalam sesi fotografi tersebut adalah kerana isterinya menerima tawaran paid review secara peribadi yang tidak memerlukannya hadir bersama. Tambahnya lagi, sekiranya dia terlibat dalam sesi itu, kadar bayaran yang dikenakan pastinya berbeza. Dengan nada agak panas, Khal turut mengingatkan netizen agar tidak perlu sibuk mengetahui di mana dia berada, kerana yang penting adalah tanggungjawab nafkahnya terhadap kesemua isterinya tetap dilaksanakan secukupnya.

Untuk rekod, Abang Tesla sebelum ini mengejutkan ramai apabila mengumumkan telah berkahwin kali kedua dengan seorang wanita bernama Nursyafiqa pada Ogos 2023.

Video:
https://www.tiktok.com/@abg.tesla/video/7487169317411245330?is_from_webapp=1&sender_device=pc