Zarina Anjoulie Tuduh Penyanyi Rap Saixse Curi Kad Bank, Ugut Buru Hingga Tertangkap
Pelakon kontroversi, Zarina Anjoulie sekali lagi menggegarkan media sosial apabila secara terbuka menuduh penyanyi rap, Saixse, mencuri kad bank miliknya. Melalui satu hantaran panas di Instagram, Zarina yang terkenal dengan keberaniannya bersuara tanpa berselindung mendakwa Saixse, atau nama sebenarnya Saiful Gabbir, mencuri kad bank miliknya sehingga memaksanya bertindak lebih agresif. Zarina juga secara tegas memberi amaran bahawa dia tidak akan membiarkan perkara ini berlalu begitu sahaja, malah menegaskan dia bersama pihak polis akan terus mencari Saixse hingga berjaya ditangkap.
Lebih dramatik lagi, Zarina turut menawarkan ganjaran kepada sesiapa yang mempunyai maklumat tentang keberadaan Saixse, yang didakwanya turut bermasalah dengan beberapa individu lain termasuk rapper terkenal SonaOne. Dalam hantaran tersebut, Zarina secara jelas menuduh Saixse sebagai seorang individu yang bermasalah dengan ketagihan, sekali gus menaikkan lagi suhu kontroversi ini. Bagaimanapun, perkongsian tersebut hanya kekal beberapa minit di Instagram sebelum Zarina memadamnya tanpa sebarang penjelasan lanjut, manakala pihak Saixse pula sehingga kini masih mengambil pendekatan berdiam diri.
Isu ini kini hangat diperkatakan di media sosial, meninggalkan netizen menanti respon rasmi daripada pihak Saixse bagi menjelaskan situasi sebenar di sebalik tuduhan berat tersebut.