“Tipu Kalau Cakap Tak Rindu” – Nur Sajat Akui Mahu Pulang, Tapi Pilih Terus Tinggal di Luar Negara
Nur Sajat luah rasa rindu terhadap Malaysia dan keluarga, namun akui lebih selesa menetap di luar negara buat masa ini. Netizen doakan dia terus kuat dan kembali ke jalan benar.
Usahawan dan personaliti kontroversi, Nur Sajat, sekali lagi menjadi tumpuan netizen selepas meluahkan isi hatinya mengenai kerinduan terhadap tanah air. Menerusi satu video yang dikongsikan di akaun TikTok, Sajat secara jujur menyatakan bahawa dia masih menyimpan harapan untuk kembali ke Malaysia suatu hari nanti.
Menurut Sajat, meskipun kini menetap di luar negara, hatinya tetap tidak pernah lari dari negara kelahiran. Dia mengakui, kehidupan serta kenangan bersama keluarga dan sahabat handai di Malaysia masih segar dalam ingatan.
“Saya memang dilahirkan di Malaysia. Kawan-kawan, adik-beradik semua ada di sana. Tipulah kalau saya kata saya tak nak masuk Malaysia,” katanya dalam video tersebut.
Baca Juga :: “Dapat Komisen, Paling Kurang Pun” – Sajat Dedah Kerja sebagai showgirl di Australia! Gaji RM32K
Namun dalam nada yang lebih tenang, usahawan berusia 40 tahun itu turut mengakui bahawa buat masa ini, dia lebih tenang dan selesa tinggal di luar negara. Walaupun jauh dari tanah air, dia memilih untuk mencari kedamaian di tempat yang lebih menerima dirinya.
Di ruangan komen, ramai netizen memberikan reaksi pelbagai. Ada yang mendoakan agar Sajat kembali ke jalan yang benar, tidak kurang juga yang meluahkan rasa simpati terhadap kehidupannya yang kelihatan kuat di luar, tetapi mungkin bergelut secara dalaman.
“Dia nampak macam cuba kuat… tapi rindu tu jelas,” komen seorang pengguna TikTok.
Walaupun Sajat tidak menyatakan secara spesifik lokasi semasanya, ramai yang sudah mengetahui bahawa dia kini menetap di Australia sejak beberapa tahun lalu selepas pelbagai kontroversi menimpa dirinya di Malaysia.
@soutudeen Da tak ble balik 🇲🇾 ke cane? @nursajat23
♬ original sound - soutudeen - soutudeen
Sumber : Tiktok @soutudeen