· · ·

Aliff Syukri Minta Kambing ‘Review’ Jeruk Mangga, Netizen Tak Henti Gelak

Usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri sekali lagi mencuri perhatian ramai — kali ini dengan idea promosi yang cukup luar biasa dan melucukan.

Dalam satu video yang dimuat naik di TikTok miliknya, Aliff dilihat menyuapkan jeruk mangga kepada seekor kambing betina yang dikenali sebagai Tasya. Lebih mengejutkan, kambing itu makan jeruk tersebut tanpa sebarang reaksi pelik, seolah-olah menikmati rasanya.

Tasya Kambing Paling ‘Sibuk’ Tahun Ini

Gelagat spontan Aliff yang menyuruh kambing peliharaan ‘review’ produk jeruk mangga itu bukan sahaja mencuit hati, malah turut mencetus gelombang komen lucu daripada netizen.

Baca Juga :: Qadejah Sakat Aliff Syukri, Akui Tak Faham Konsep Lagu Raya Bapanya – “Saya Rasa Lagu Saya Lagi Best”

Baca juga : “Keberkatan Zakat” – Aliff Syukri & Isteri Bayar Zakat Perniagaan RM1 Juta, Bukan Untuk Riak Tapi Sebagai Motivasi

Rata-rata pengikut di TikTok berseloroh, menyatakan kini giliran haiwan peliharaan pula terlibat dalam strategi pemasaran produk.

“Lepas ni Tasya pula promote handbag agaknya,” tulis seorang pengguna.

“Semua ahli keluarga dah promote, sekarang kambing pun tak selamat,” tambah yang lain.

Kontroversi Tapi Tetap Dapat Perhatian

Tindakan Aliff mungkin kelihatan pelik bagi sesetengah orang, namun tidak dapat dinafikan setiap gerak-gerinya berjaya mencuri perhatian dan mencetus perbualan hangat di media sosial — formula yang sering digunakannya dalam pemasaran perniagaan.

Jeruk mangga yang dipromosikan dipercayai merupakan salah satu produk jualannya dalam siri terbaru rangkaian makanan.

Sumber : TIKTOK

@papalarisofficial

Tasya pun jujur dengan papa korang, di sukai jeruk mangga papa, stock limited nak beli tekan bag kuning

♬ [Animals and dishes] Cute BGM - Sound Owl