· · ·

Masih Banyak Hutang Tertunggak, Kim Seri Umum Bakal Berkahwin Dengan Mualaf Korea, Siap Minta Idea Hashtag Kahwin

TikToker kontroversi, Kim Seri, mendedahkan bahawa dia kini sedang merancang untuk berkahwin dengan kekasihnya — seorang lelaki Korea yang telah memeluk Islam.

Pengumuman itu dibuat menerusi satu hantaran di InstaStory baru-baru ini, sekaligus menjawab dakwaan segelintir netizen yang menuduhnya mempunyai hubungan dengan suami orang.

“Saya tak menggatal dengan lelaki orang, dia bujang dan saya pun bukan milik sesiapa.

Kami sedang bercinta untuk berkahwin,” jelasnya.

 

Minta Cadangan Hashtag Kahwin ‘KimSeri x Choi Amin’

Dalam nada ceria, Kim Seri turut meminta cadangan daripada pengikutnya untuk hashtag kahwin mereka. Pasangan tersebut kini sedang sibuk membuat persiapan, termasuk mencuba busana pengantin di Korea.

“Kami perlukan cadangan untuk hashtag perkahwinan. Nama kami KimSeri dan Choi Amin,” tulisnya.

Baca Juga :: Duit Refund Entah Ke Mana? Wanita Dakwa Kim Seri ‘Hilang Dari Radar’

Baca juga : Kim Seri Berjanji, Mohon Maaf & Janji Selesaikan Hutang RM400K Menjelang 2025

Majlis Kahwin Gaya Korea, Ringkas & Terancang

WALAU MASIH BERHUTANG KIM SERI UMUMKAN BAKAL BERKAHWIN DENGAN LELAKI MUALAF KOREA, RANCANG MAJLIS SECARA SANTAI
Walaupun masih mempunyai baki hutang yang tertunggak kim seri memilih untuk umumkan beliau bakal berkahwin tidak lama lagi

Menurut Kim Seri, majlis perkahwinan mereka akan berlangsung secara sederhana mengikut budaya Korea — hanya mengambil masa sekitar 30 hingga 60 minit.

“Simple je perkahwinan cara Korea. Semua dah diuruskan oleh dia.

Kita tinggal cakap okay ke tak untuk baju dan solekan dalam pakej mereka.

Jadi perempuan tak perlu nak pening fikir dan keluar duit,” katanya berseloroh.

Isu Pulangan Wang Pelanggan Masih Tertunggak

Terdahulu, Kim Seri turut dikaitkan dengan isu kelewatan bayaran balik kepada beberapa pelanggan yang menggunakan servis pelancongannya ke Korea Selatan.

Beberapa pengguna media sosial mendedahkan bahawa mereka telah disekat daripada menghubungi beliau, termasuk dikeluarkan dari kumpulan WhatsApp rasmi. Wang dijanjikan akan dibayar pada 1 Februari lalu, namun masih belum diterima.

Bagaimanapun, Kim Seri memohon lebih masa untuk menyelesaikan bayaran tertunggak

.Sumber : INSTAGRAM