· · ·

Pak Mat Western Tampil Bersuara, Nafi Culas Bayar Gaji Pekerja

Restoran popular Pak Mat Western akhirnya tampil menjawab dakwaan yang tular di media sosial mendakwa mereka gagal membayar gaji pekerja dengan betul. Tuduhan ini dipercayai timbul selepas beberapa pengguna TikTok mendakwa hanya ‘anak emas’ sahaja yang dibayar gaji mengikut jadual.

Dakwaan Fitnah Jejas Reputasi Syarikat

PAK MAT WESTERN NAFI DAKWAAN CULAS BAYAR GAJI DAN BERI AMARAN AKAN AMBIL TINDAKAN UNDANG-UNDANG
Pak Mat Western nafi dakwaan culas bayar gaji dan beri amaran akan ambil tindakan undang-undang

Menurut kenyataan rasmi yang dikongsikan oleh pihak pengurusan Pak Mat Western, tuduhan tersebut disifatkan sebagai tidak berasas dan berniat jahat. Mereka menegaskan bahawa semakan telah dibuat dan semua pekerja telah menerima gaji seperti biasa — kecuali empat individu yang diberhentikan secara mengejut dari bahagian jualan.

Lebih mengecewakan, ada netizen yang menyindir restoran tersebut sebagai ‘hipokrit’ kerana sering terlibat dalam aktiviti keagamaan dan amal, tetapi didakwa culas soal kebajikan pekerja.

Baca Juga :: Qadejah Sakat Aliff Syukri, Akui Tak Faham Konsep Lagu Raya Bapanya – “Saya Rasa Lagu Saya Lagi Best”

Baca juga : “Keberkatan Zakat” – Aliff Syukri & Isteri Bayar Zakat Perniagaan RM1 Juta, Bukan Untuk Riak Tapi Sebagai Motivasi

Ambil Tindakan Undang-Undang Demi Reputasi

Pak Mat Western juga memaklumkan bahawa pihak mereka telah cuba menghubungi pemilik akaun media sosial yang membuat tuduhan tersebut, namun tidak mendapat sebarang respon. Justeru, langkah undang-undang akan diambil untuk mempertahankan nama baik syarikat.

“Kami telah selesai membuat laporan polis tentang isu fitnah yang tular. Segala bukti telah diserahkan kepada pihak berkuasa dan peguam.”

“Kami hargai sokongan semua dan mohon doa agar urusan ini dipermudahkan,” ujar kenyataan itu lagi.

.Sumber : TIKTOK

https://www.tiktok.com/@pakmatwesterncafee/photo/7492106547246468360?is_from_webapp=1&sender_device=pc