· · ·

UiTM Jelaskan Isu Pelajar Pakai Jubah Ku Klux Klan: “Sebahagian Tugasan Akademik”

UiTM Jelaskan Tindakan Pelajar Pakai Jubah KKK Sebagai Tugasan Berkaitan Diskriminasi

Universiti Teknologi MARA (UiTM) tampil memberikan penjelasan berhubung video tular yang memaparkan sekumpulan pelajar memakai jubah menyerupai Ku Klux Klan (KKK) di kampusnya di Dengkil.

Menurut kenyataan rasmi universiti tersebut, tindakan para pelajar itu adalah sebahagian daripada tugasan akademik yang membincangkan isu-isu berkaitan diskriminasi kaum dan perundangan.

Pakaian KKK Sebagai Visual Pembentangan

UiTM menjelaskan bahawa penggunaan kostum dan elemen visual seperti jubah dan salib dalam tugasan itu bertujuan untuk memberikan pemahaman lebih mendalam tentang topik yang dibentangkan, iaitu diskriminasi berdasarkan warna kulit yang berlaku di beberapa negara luar.

“Pakaian tersebut adalah sebahagian daripada visual untuk membantu memberikan pemahaman dan penghargaan yang lebih baik terhadap topik yang dibentangkan,” kata UiTM.

Baca Juga ::10 UNIVERSITI TERBAIK DI MALAYSIA

Baca juga : Pelajar-pelajar Malaysia dari Universiti Tempatan Lawak-lawakkan Diri Semasa Persediaan Peperiksaan Mandarin

UiTM Tegaskan Tiada Unsur Menghina Agama

Mengulas lanjut, UiTM menegaskan bahawa pembentangan tersebut tidak bertujuan menyinggung mana-mana agama atau kepercayaan, sebaliknya dijalankan dalam konteks akademik dengan penekanan terhadap nilai toleransi, hormat dan kepekaan budaya.

Video yang tular sebelum ini menunjukkan beberapa pelajar mengenakan jubah putih dan memegang salib, mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen.

.Sumber : YOUTUBE