· · ·

Golongan Kaya China Kini Serbu Hartanah Mewah Di Malaysia – Ini Sebabnya

Malaysia kini menjadi antara destinasi utama pembelian hartanah mewah bagi golongan maha kaya dari China, mengatasi negara-negara popular seperti Amerika Syarikat, Jepun, dan Singapura.

Menurut tinjauan Juwai IQI yang dilaporkan oleh Rnggt, trend ini menunjukkan peralihan ketara minat golongan berpendapatan tinggi China terhadap pasaran hartanah global. Jika sebelum ini mereka lebih cenderung membeli rumah di AS dan UK, kini perhatian semakin tertumpu ke Asia Tenggara — dengan Thailand berada di tangga teratas, diikuti Australia, dan Malaysia di tempat keempat.

Rumah Lebih RM22 Juta Jadi Sasaran

Laporan tahun 2024 itu merangkumi pembelian hartanah bernilai lebih USD5 juta (~RM22 juta). Menariknya, Malaysia kini dianggap lebih ideal berbanding Korea Selatan, Sepanyol, Jepun dan Singapura.

Faktor utama yang mendorong pilihan ini adalah nilai hartanah yang lebih berbaloi, akses pendidikan antarabangsa, dasar visa yang mesra pelabur, serta gaya hidup yang dikatakan setanding dengan negara-negara maju.

Baca Juga :Hanya 0.91% Warga China Diberi Kewarganegaraan Malaysia Sejak 2010

Baca juga : Ledakan Pelancong China ke Malaysia: Peningkatan 130% Pada 2024

Beli Untuk Guna Sendiri, Bukan Sekadar Pelaburan

Sebanyak 94% pembeli dari China membeli hartanah luar negara untuk kegunaan peribadi — sama ada untuk kediaman keluarga atau tempat tinggal jangka panjang. Hanya 6.5% mengaku membeli sebagai pelaburan semata-mata.

Ini menunjukkan perubahan sikap golongan elit China yang kini lebih memilih tempat tinggal yang selesa dan stabil untuk keluarga berbanding sekadar keuntungan.

“Ramai Sudah Jalin Hubungan Dengan Malaysia”

Ketua Pegawai Eksekutif Juwai IQI, Kashif Ansari berkata, semakin ramai pembeli China telah mengenali Malaysia melalui lawatan berulang, pendidikan anak-anak atau perniagaan.

“Mereka bukan hanya beli rumah, tapi sudah kenal Malaysia dengan lebih dekat. Ramai yang pernah melancong, hantar anak ke sekolah antarabangsa atau buka perniagaan di sini,” katanya.

Tambah beliau, ketibaan pelancong China ke Malaysia juga melonjak drastik dengan hampir 1.2 juta pelawat direkodkan dalam tempoh lima bulan pertama 2024, yang membawa kepada peningkatan keyakinan untuk membeli hartanah di sini.

.Sumber :RNGGT.COM