Wartawan AS Dakwa Lawatan Xi Jinping Ke Malaysia Sia-Sia, Tuduh Rakyat Tak Mampu Beli Barang China
Seorang wartawan terkenal dari Amerika Syarikat, Bill O’Reilly, mencetuskan kontroversi apabila mendakwa lawatan Presiden China, Xi Jinping ke Malaysia tidak membawa sebarang manfaat kerana rakyat negara ini “tidak berduit”.
Bill O’Reilly Tak Faham Tujuan Xi Melawat ASEAN
Dalam rancangan bual bicaranya, Bill mempersoalkan keputusan Presiden Xi melawat tiga negara ASEAN — Vietnam, Kemboja, dan Malaysia.
“Hei Presiden, biar saya beritahu. Mereka ini bukan orang yang berduit. Mereka tak mampu beli produk China,” katanya dengan nada sinis.
Bill turut menyindir bahawa China mungkin menggunakan nama Vietnam untuk menyusupkan barang ke pasaran global, tapi tetap menganggap lawatan Xi sebagai membuang masa.
Baca Juga : TIKTOK SAMAN UNITED STATED AMERIKA
“Kami Yang Ada Duit, Bukan Malaysia” – Kata Bill
Tambahnya, sekiranya China kehilangan pasaran Amerika, ia akan menjadi bencana besar kerana menurutnya, hanya Amerika yang mampu membeli produk dari negara tersebut.
“Orang Melayu takkan beli barang China sebab mereka tak ada duit,” katanya lagi, mengundang kemarahan ramai rakyat Malaysia.
Rakyat Malaysia Bengang, Anggap Bill Sombong & Cetek Ilmu
Kenyataan biadab itu mencetuskan reaksi keras di media sosial. Ramai warga maya menyelar Bill sebagai sombong, angkuh dan tidak memahami hubungan diplomatik antara negara Asia Tenggara dan China.
“Dia fikir semua tentang duit. Rakyat Malaysia lebih pentingkan kerjasama strategik, bukan sekadar membeli,” ujar salah seorang netizen.
Trump Pernah Kritik Mesyuarat ASEAN-China
Presiden AS terdahulu, Donald Trump juga pernah membuat kenyataan serupa apabila berkata:
“Saya tak salahkan China atau Vietnam. Tapi bila mereka berkumpul begini, ia seperti mesyuarat mencari cara nak kenakan Amerika.”
Sumber : Twitter