· · ·

Shahida vs Rebecca: Drama Keluarga Aliff Syukri Makin Panas, Tuduh Menumpang & Gila Glamour?

Pertelingkahan Datin Shahida & Rebecca Nur Islam Semakin Mencuri Perhatian Netizen

Pertelingkahan antara isteri usahawan Datuk Aliff Syukri, Datin Seri Shahida dan pelakon Datin Rebecca Nur Al-Islam terus hangat diperkatakan selepas masing-masing tampil mempertahankan diri di media sosial.

Semuanya bermula apabila Rebecca secara terbuka menasihati Shahida agar bersyukur kerana dikurniakan kehidupan yang mewah — sambil mendakwa wanita itu hanya menumpang populariti suami dan ibu mentuanya, Bonda Rozita Ibrahim.

“Kalau tak, kau duduk tepi jalan je,” sindir Rebecca dalam kenyataannya yang tular.

“Bila saya baca semula mesej tu dalam keadaan lebih tenang, saya sedar yang saya tak sepatutnya balas macam tu. Dewi (isteri sekarang) pun setuju – sebab dia pun wanita dan terasa dengan kenyataan saya,” katanya.

Shahida Bidas Balik: “Dilahirkan Pun Di Swasta!”

Tidak berdiam diri, Shahida tampil menjelaskan bahawa beliau tidak pernah menumpang sesiapa. Malah, beliau menegaskan kehidupannya bermula dengan usaha sendiri sejak usia muda.

“Saya lahir di hospital swasta, belajar di Bandar Baru Sentul, masuk kumpulan nasyid, kemudian jadi model iklan. Saya tak tumpang populariti sesiapa,” ujarnya.

Isteri kepada Aliff Syukri itu juga berkata beliau tidak gentar dengan tuduhan tersebut, malah dengan tenang berkongsi semula perjalanan awal hidupnya sebagai bukti.

Baca Juga : “Keberkatan Zakat” – Aliff Syukri & Isteri Bayar Zakat Perniagaan RM1 Juta, Bukan Untuk Riak Tapi Sebagai Motivasi

Baca juga : ‘Saya Dah Bagi Peluang Untuk Berbincang & Buat Permohonan Maaf’ – Aliff Syukri

Rebecca: “Mak Cik Ini Bodoh Atau Tak Guna Akal?”

Dalam satu lagi video yang dimuat naik oleh Rebecca, pelakon filem Keramat itu menegaskan bahawa tuduhan Shahida kononnya beliau mahu menumpang populariti adalah tidak masuk akal.

“Hello makcik, saya dikenali sejak umur 17. Bukan sebab tumpang orang kaya. Dan saya memang ada kaitan keluarga, saya adik kepada suami Rozita sekarang. Jadi siapa sebenarnya yang tak ada kena mengena?” katanya lantang.

Rebecca Pernah Didakwa Rampas Suami Orang?

Tapi di sebalik tegasnya hujah Rebecca, ada netizen yang mengimbas kembali kisah lalu — di mana Rebecca sendiri pernah menjadi bualan apabila dikaitkan dengan dakwaan merampas suami orang.

Video viral menunjukkan Rebecca menyapa Rozita sebagai ‘kakak iparku’ menguatkan spekulasi bahawa beliau kini berkahwin dengan abang kepada usahawan popular itu — seorang lelaki yang sebelum ini sudah berkeluarga.

Anak Rozita sendiri, Ain, turut mengesahkan perkahwinan tersebut, namun tidak mendedahkan sebab perpisahan Rozita dengan suami terdahulu.

Netizen: Siapa Sebenarnya Yang “Tumpang”?

Perang kenyataan ini menyebabkan ramai tertanya-tanya — siapa sebenarnya yang menumpang, dan siapa pula yang ‘masuk’ dalam keluarga orang?

Rata-rata netizen berbelah bahagi, ada yang menyokong Shahida kerana tampil tenang, ada pula yang menyebelahi Rebecca kerana ‘berani berdepan’. Tapi tak kurang juga yang menyelar kedua-duanya kerana membuka aib keluarga di media sosial.

Sumber : INTERNET

@farin_rose

Mcm2 masalah yg mama kene hadap hari-hari sampi migrain. Dari datuk sampi la ke pekerja. Video credit : Shahidadherbs2 #dherbs #aliffsyukri #datinshahidadherbs #bondarozitaibrahim #ragam #publisitimurahan

♬ original sound - Lubuk Berkat Sehat - Lubuk Berkat Sehat