Masalah Mat Rempit Kembali Panas, Halang Laluan LPT Untuk Berlumba Haram
Walaupun pelbagai insiden tragis sudah berlaku, termasuk kehilangan nyawa, budaya mat rempit nampaknya masih terus berleluasa. Terbaharu, tular satu video di platform X memaparkan sekumpulan mat rempit bertindak menghentikan kenderaan di tengah-tengah Lebuhraya Pantai Timur (LPT) dipercayai di kawasan Temerloh, semata-mata untuk memulakan perlumbaan haram.
Hentikan Kenderaan Secara Mengejut, Acara Bermula Tanpa Hirau Trafik
Dalam video tersebut, seorang pemuda dengan berani berdiri di tengah laluan lebuh raya sambil menghentikan trafik yang sedang bergerak. Tidak lama kemudian, dua pelumba haram dengan motosikal masing-masing bersiap sedia untuk memulakan aksi berbahaya mereka — tanpa sebarang rasa bersalah atau mengambil kira keselamatan pengguna lain.
Lebih membimbangkan, kesemua mereka tidak memakai topi keledar dan mengenakan pakaian gelap — menjadikan mereka sukar dilihat dari jauh dan berisiko tinggi dilanggar kenderaan lain.
Baca juga : Ribuan Mat Rempit Lawan Arus, Netizen Risau Masa Depan Negara
Netizen Marah & Kecewa: “Sampai Bila Nak Bodoh?”
Tindakan biadab tersebut segera mengundang kemarahan ramai pengguna media sosial. Ramai yang meluahkan rasa kecewa melihat sikap tidak bertanggungjawab golongan mat rempit yang seolah-olah kebal undang-undang.
“Kalau eksiden, kita juga yang kena. Lepas tu tuding jari salahkan pemandu,” tulis seorang pengguna X.
“Tak serik-serik ke hilang nyawa? Lepas ni jangan menangis bila ada mayat atas jalan,” tambah seorang lagi.
Harapan Ada Pemandu ‘Gila’ Untuk Ajar Mereka
Antara komen yang mendapat perhatian pula datang daripada netizen yang secara sinis berharap agar ada pemandu berani mengambil tindakan drastik terhadap mereka, sebagai pengajaran.
“Harap ada lori lalu masa tu, biar depa tahu langit tu tinggi ke rendah.”
Walaupun kenyataan itu kedengaran kasar, ia mencerminkan kemarahan masyarakat yang sudah bosan dengan perangai berulang mat rempit yang membahayakan semua.
Sumber : Twitter
Mat rempit semakin berani. Siap sekat jalan pengguna lain di laluan LPT untuk lumba haram. Buat macam jalan tu mak bapak dia punya 😅 pic.twitter.com/uIj791jNQE
— kamaghul deghaman (@kamaghul) April 20, 2025