· · ·

Abby Abadi Dedah Norman Hakim Gagal Tanggung Nafkah Anak Selama 17 Tahun

Abby Abadi Dedah Norman Hakim Gagal Tanggung Nafkah Anak Selama 17 Tahun

Pelakon dan penyanyi terkenal, Abby Abadi mengejutkan ramai apabila mendedahkan bekas suaminya, Norman Hakim didakwa gagal menunaikan tanggungjawab memberi nafkah harian terhadap tiga orang anak mereka sejak mereka bercerai 17 tahun lalu.

Dalam satu kenyataan di media sosial, Abby menyatakan bahawa walaupun sebahagian kos sekolah dan yuran pernah diuruskan bersama, namun perbelanjaan asas seperti tempat tinggal serta makan minum harian semuanya ditanggung olehnya sendiri.

“17 tahun, lama tu. Saya usahakan semuanya untuk anak-anak. Duit belanja sekolah, yuran — ya, pernah diurus bersama. Tapi tempat tinggal dan makan minum sejak kecil, saya yang tanggung.”

Lebih menyedihkan, Abby berkongsi perasaan kecewa apabila melihat Norman membeli kereta sport sedangkan anak mereka terpaksa berhutang sembilan tahun untuk memiliki kenderaan sendiri.

“Saya hint masa birthday anak, belikan anak kereta, dia buat tak tahu. Akhirnya anak beli sendiri, berhutang 9 tahun.”

Baca Juga : “Papa Sayang Adik, Sayang Aslam & Sayang Umisya” – Norman Hakim

Baca juga : Saya Rasa Marissa Ikut Ayah Dia, Masa Norman Kahwin Dulu Pun Saya Tak Tahu’ – Abby Abadi

Abby Nafikan Cemburu, Cuma Mahu Anak Tak Diketepikan

Menafikan dakwaan netizen kononnya dia cemburu dengan kehidupan Norman dan isteri baharunya, Memey Suhaiza, Abby berkata dia hanya mahukan anak-anak merasa sedikit kemewahan hidup bapa mereka.

“Saya tak dengki pun. Saya cuma berharap bila dah senang, anak-anak pun dapat merasa. Tapi bercuti pun tak diajak, apatah lagi berkongsi rezeki.”

Abby juga menyentuh soal jurang taraf hidup antara dirinya yang masih kekal dalam golongan B40, dan bekas suaminya yang kini dilihat berada dalam kelompok T20.

Sumber : Threads