Tangkap & Lepas Di Kolam Timbang? Keluarga Ini Ditegur Netizen Kerana Tak Faham Peraturan Kolam Pancing
Aktiviti memancing kini bukan sekadar hobi santai, tetapi juga jadi medium terapi buat sesetengah individu. Namun, tidak semua pemancing memahami peraturan yang ditetapkan untuk setiap jenis kolam — dan inilah puncanya satu video jadi tular di TikTok baru-baru ini.
Sebuah keluarga yang datang memancing di kolam timbang telah menarik perhatian ramai apabila mereka dilihat melepaskan semula ikan ke dalam kolam selepas berjaya memancingnya.
Dalam video dikongsi pengguna TikTok @abiyazid93, salah seorang daripada ahli keluarga itu cuba membuka mata kail dari mulut ikan sebelum melepaskannya semula ke kolam.
Pemilik video itu menulis sinis dalam kapsyen:
“Seronok datang memancing dengan keluarga, tapi buat macam style catch and release.”
Netizen Tegur Tindakan Tak Sesuai
Aksi tersebut nyata mengundang pelbagai reaksi. Ramai netizen tampil menegur kerana tindakan itu dianggap tidak wajar dilakukan di kolam pancing timbang.
Ada yang menegaskan bahawa ikan yang sudah terkena mata kail selalunya akan cedera, dan jika dilepaskan semula ke kolam — besar kemungkinan ia tidak akan hidup lama. Ini sekali gus menjejaskan ekosistem kolam dan kerugian kepada pengusaha.
Baca Juga : “Remaja 16 Tahun Jadi Jutawan Muda, Menang RM200,000 Dalam Pertandingan Memancing”
Baca juga : Makin dibiarkan Makin Gila: Geng 4×4 Disyaki Guna ‘Bom’ Tangkap Ikan!
Ketahui Perbezaan: Kolam Timbang vs Kolam Catch & Release
Untuk mengelakkan kekeliruan, berikut perbezaan antara dua jenis kolam yang biasa digunakan:
Kolam Pancing Timbang:
Setiap ikan yang dipancing wajib dibawa pulang dan akan ditimbang untuk dikira harga. Tidak dibenarkan untuk melepaskan semula ikan ke kolam.
Kolam Catch & Release:
Ikan akan dilepaskan semula ke dalam kolam selepas dipancing. Kolam jenis ini lebih fokus kepada pengalaman dan kepuasan memancing. Bayaran masuk selalunya lebih tinggi kerana tidak melibatkan pembelian ikan.
Hormati Peraturan, Pilih Lokasi Sesuai
Memancing mungkin kelihatan seperti aktiviti ringkas, tetapi ia datang bersama tanggungjawab.
Pilih lokasi yang sesuai dengan tujuan anda — sama ada nak bawa balik hasil atau sekadar ingin melepaskan gian memancing. Bayar pun sudah bayar, jadi hargailah peraturan yang ditetapkan pihak pengurusan kolam.
Jangan sampai jadi viral sebab ‘syok sendiri’.
Sumber : Tiktok
@abiyazid93 Seronoknyaaaa satu family datang mancing tapi buat macam style catch and release #kolampancingrm3jugra #kolampancing #jugra #banting #istanabandar #airmasin #joran #video #lepasikan #cnr #all #kakapputih #mentionyou #jarangkumpaw #siakap #worldwide #aquaculture
♬ EH BANGSAT NI TAK NAMPAK AKU KE AKU NI TUNGGUL KE - Syahmi Hisham