· · ·

Pelajar Universiti Ditahan Rakam Wanita Mengandung, Mengaku Buat Koleksi Puaskan Nafsu

Tindakan pelik seorang pelajar universiti yang dipercayai mempunyai ‘fetish’ terhadap wanita mengandung terbongkar selepas dia kantoi merakam secara senyap seorang wanita yang sedang membeli-belah di pasar raya.

Menurut perkongsian Erny Nuryassmien di Facebook, kejadian berlaku ketika dia bersama keluarga membeli barangan keperluan apabila menyedari seorang lelaki muda asyik mengekori mereka sambil memegang telefon dalam posisi merakam.

“Bila ke bahagian lain, dia masih ikut dan rakam dari belakang”

“Saya perasan budak ni ikut sambil phone tegak. Bila ke bahagian lain pun dia ikut dan merakam. Rupa-rupanya, dalam telefonnya penuh video saya — siap zoom dari belakang — dan video wanita mengandung lain, termasuk yang berpurdah,” katanya.

Setelah ditahan, lelaki terbabit diserahkan kepada pihak polis dan mengaku sudah lama menyimpan video sebegitu untuk ‘puaskan nafsu’. Difahamkan dia baru berusia 20 tahun dan merupakan pelajar di sebuah universiti tempatan.

Baca Juga : “Servis Siapkan ‘Assignment’ Makin Popular, Masa Depan Pelajar Universiti Malaysia Makin Suram?

Baca juga : Seorang pelajar cemerlang beri hadiah figura One Piece kepada gurunya, yang dibeli dari Jepun

Laporan Polis Ditarik, Tapi Kes Akan Dibawa ke Universiti

Erny mendakwa dia mahu meneruskan laporan polis atas dasar keselamatan, namun dimaklumkan oleh pihak berkuasa bahawa tiada kes jenayah boleh dibuka kerana tiada sentuhan berlaku — hanya rakaman video.

Walau bagaimanapun, dia tetap akan membawa kes ini kepada pihak universiti lelaki tersebut untuk tindakan tatatertib.

“Benda Macam Ni Tak Boleh Diam”

Wanita itu turut berkongsi bahawa ada pihak meminta dia padam perkongsian di media sosial, namun dia memilih untuk terus memberi kesedaran kepada orang ramai.

“Apa yang saya buat ini bukan untuk saya seorang. Saya buat untuk semua wanita — agar kita lebih berani bersuara bila hak kita dicabul,” jelasnya.

Terbaru, Erny mengesahkan bahawa laporan polis tersebut masih aktif, dan dia berharap tindakan sewajarnya akan diambil agar pelaku tidak mengulangi perbuatan sama kepada wanita lain.

Sumber : Facebook 

https://www.facebook.com/erny.nuryassmien.9/videos/1344850283299970/?ref=embed_video

https://www.facebook.com/erny.nuryassmien.9/videos/1068511261978001/?ref=embed_video