· · ·

Kekecohan Songkran 2025: Peserta Baling Kerusi & Bergaduh, Polis Mula Siasatan

Sambutan Festival Songkran 2025 di sebuah pusat beli-belah bertukar kecoh apabila tercetus pergaduhan antara peserta sehingga berlaku insiden membaling kerusi dan serangan fizikal.

Menurut Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Ja’far, pihaknya telah mengarahkan Ketua Balai Polis Damansara untuk membuka laporan polis bagi memulakan siasatan, meskipun tiada laporan rasmi dibuat oleh mana-mana pihak setakat ini.

“Walaupun tiada laporan dibuat, siasatan tetap akan dijalankan berdasarkan video tular,” katanya kepada The Malay Mail.

Video Tular Papar Aksi Baling Kerusi & Serangan Antara Kumpulan

Dalam video yang tular di media sosial sejak semalam, beberapa peserta dilihat bertembung di kawasan tempat letak kereta luar pusat beli-belah semasa berlangsungnya acara Songkran.

Kekecohan itu memperlihatkan beberapa individu membaling kerusi plastik dan penghadang keselamatan, selain berlaku serangan fizikal menggunakan senjata buatan sendiri.

Tidak diketahui punca sebenar pertelingkahan, namun insiden itu menimbulkan kebimbangan ramai kerana berlaku di kawasan awam dan dalam suasana yang sepatutnya meriah dan penuh budaya.

Baca Juga : Suami Lafaz Cerai Semasa Live di TikTok, Video Pergaduhan Tular Jadi Perdebatan Hangat!

Baca juga : Anak Murid Mengadu Ada Pergaduhan Dalam Kelas, Rupanya Nak ‘Surprise’ Hari Jadi Ustaz

Pihak Berkuasa Diminta Perketat Saringan Acara Awam

Insiden ini turut mencetuskan perbincangan hangat dalam kalangan netizen, yang menggesa pihak penganjur dan pihak berkuasa untuk mengetatkan pemantauan terhadap acara-acara awam, terutamanya apabila melibatkan penyertaan besar-besaran.

Ramai menyuarakan kekecewaan apabila acara yang sepatutnya menjadi simbol perpaduan dan keraian berubah menjadi tempat pergaduhan.

Pihak polis kini sedang menyiasat individu yang terlibat, termasuk meneliti rakaman video dan mengumpul maklumat daripada saksi yang berada di lokasi kejadian.

Sumber : Twitter 

https://x.com/mynewshub/status/1914358192055980098