· · ·

Jakim Arah Tarik Balik 11 Produk Makanan Indonesia Kerana Ada Unsur DNA Babi

Umat Islam di Malaysia kini diminta lebih berhati-hati apabila Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengesahkan penarikan semula 11 bahagian daripada sembilan produk makanan Indonesia yang dikesan mengandungi DNA babi.

Menurut laporan Berita Harian, tindakan ini susulan pengumuman rasmi dari dua badan utama di Indonesia — Badan Penyelenggara Jaminan Produk Halal (BPJPH) dan Badan Pengawas Obat dan Makanan (BPOM) — selepas ujian makmal mengesahkan kehadiran bahan tidak halal dalam produk terbabit.

Ada Sijil Halal Tapi Tetap Positif DNA Babi

Lebih mengejutkan, tujuh daripada sembilan produk tersebut mempunyai sijil halal, manakala dua lagi tidak memiliki sebarang pengiktirafan halal.

Ketua Pengarah JAKIM, Datuk Dr Sirajuddin Suhaimee menegaskan bahawa isu ini sangat serius kerana melibatkan pencemaran halal dan juga keselamatan pengguna Muslim.

Beliau menyatakan JAKIM menyokong penuh tindakan tegas yang telah diambil oleh pihak berkuasa Indonesia dan menyeru agar langkah segera turut diambil di Malaysia.

Baca Juga : Pemuda Solat Dalam Air Banjir, Ramai Netizen Berdebat Tentang Kesahihannya

Baca juga : “Jangan Kita Sambut Mereka! Influencer Lelaki Kini Berani Solek Macam Perempuan”

Arahan Kepada Pengimport & Pemantauan Penuh

Bagi mengelakkan risiko kepada pengguna di Malaysia, JAKIM telah bekerjasama dengan Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) dan Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) untuk memantau produk yang mungkin masih beredar di pasaran.

Pengimport yang terlibat juga diarahkan segera menghentikan edaran dan menarik balik produk dari rak pasaraya, serta menghubungi JAKIM melalui emel rasmi: ukkjakim@islam.gov.my.

Salurkan Maklumat Jika Jumpa Produk Meragukan

Dr Sirajuddin turut menyeru pengguna agar tampil memberikan maklumat atau aduan sekiranya mereka menjumpai produk yang mencurigakan atau belum ditarik balik.

Aduan boleh disalurkan melalui Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) JAKIM di pautan rasmi:

🔗 https://islam.spab.gov.my/eApps/system/index.do

Sumber : MyJakim