‘Satu Badan Naik Bintik Merah’ – Lelaki Menyesal Pakai Baju Bundle Tanpa Cuci
Trend membeli pakaian bundle atau thrift sememangnya kian popular – lebih jimat dan kadang-kadang dapat fesyen yang rare. Namun, tak semua tahu risikonya kalau terus pakai tanpa cuci.
Seorang pengguna TikTok, @onenevertwhoo, menjadi perhatian selepas berkongsi pengalaman ngeri apabila seluruh badannya naik bintik merah selepas memakai baju bundle yang dibeli – tanpa mencucinya terlebih dahulu.

Dijangkiti Moluskum Kontagiosum
Dalam video tular tersebut, dia mendedahkan disahkan dijangkiti moluskum kontagiosum (MCV) – sejenis jangkitan kulit akibat virus, yang menyebabkan bintik-bintik kecil merah muncul di badan.
Menurutnya, kesalahan bukan terletak pada baju bundle itu sendiri, tetapi kerana dia tidak mencuci pakaian tersebut terlebih dahulu.
“Beli baju thrift tak salah. Tapi salah aku sendiri sebab tak cuci dulu,” katanya.
Baca Juga : Pemuda Solat Dalam Air Banjir, Ramai Netizen Berdebat Tentang Kesahihannya
Baca juga : “Jangan Kita Sambut Mereka! Influencer Lelaki Kini Berani Solek Macam Perempuan”
Dalam video tular tersebut, dia mendedahkan disahkan dijangkiti moluskum kontagiosum (MCV) – sejenis jangkitan kulit akibat virus, yang menyebabkan bintik-bintik kecil merah muncul di badan.
Menurutnya, kesalahan bukan terletak pada baju bundle itu sendiri, tetapi kerana dia tidak mencuci pakaian tersebut terlebih dahulu.
“Beli baju thrift tak salah. Tapi salah aku sendiri sebab tak cuci dulu,” katanya.
Bahaya Jangkitan Melalui Pakaian
Doktor yang merawatnya turut mengesahkan bahawa baju bundle yang tidak dibersihkan boleh menjadi punca utama penyebaran virus dan bakteria.
Antara sebab kenapa baju thrift perlu dicuci dahulu:
- Kita tidak tahu sejarah pemilik sebelumnya – mungkin ada masalah kulit.
- Pakaian mungkin tercemar semasa penyimpanan atau penghantaran.
- Banyak pakaian bundle disimpan lama dan terdedah kepada habuk serta persekitaran yang tidak bersih.
Cara Cuci Baju Bundle Dengan Betul
Untuk mengelakkan perkara ini berlaku, berikut antara langkah selamat mencuci pakaian bundle:
- Rendam dalam air panas selama 30–60 minit untuk bunuh bakteria dan virus.
- Gunakan sabun antibakteria atau detergen khas.
- Jemur pakaian di bawah panas matahari untuk bantu proses pembasmian kuman.
Jika perlu, gosok pakaian dengan seterika panas sebagai langkah tambahan.
Sumber : Twitter
https://x.com/i/status/1913619140881121714