· · ·

Pulau Persendirian Di Langkawi Ini Dijual RM8 Juta – Lokasi Strategik & Harga Masih Boleh Runding

Bagi sesiapa yang pernah berangan nak miliki sebuah pulau sendiri — ini mungkin peluang yang tak datang dua kali. Pulau Jemuruk, terletak di Ayer Hangat, Langkawi, kini dibuka untuk jualan pada harga RM8 juta. Tapi menariknya, harga ini masih boleh dirunding.

Pulau Jemuruk Langkawi untuk dijual harga RM8 juta boleh dirunding
Kredit Foto: Tiktok Azreen Ali

Dengan keluasan sekitar 1.7 hektar, pulau ini berstatus tanah Rizab Melayu dan memiliki pegangan bebas — satu kombinasi yang jarang-jarang ada. Terletak di muara Sungai Kubang Badak, kawasan ini turut memiliki nilai sejarah dan geologi, dikatakan berusia lebih 500 juta tahun.

Kedudukannya yang hanya mengambil masa 5 hingga 7 minit perjalanan dari Jeti Kubang Badak menjadikannya mudah diakses — sesuai untuk dijadikan tapak resort eksklusif, pusat aktiviti eko-pelancongan atau pelaburan jangka panjang yang bernilai tinggi.

Menurut laporan The Halal Explorer, lokasi ini sememangnya strategik dalam pasaran hartanah pelancongan Langkawi. Ia menawarkan potensi besar kepada pelabur yang mencari aset istimewa dengan nilai komersial tersendiri.

Baca Juga :Orang Melayu di Australia Diarah Keluar Dari Pulau Cocos – Apa Sebenarnya Berlaku?

Baca juga :“Laut Pulangkan Semula” – Sampah Terlonggok Akibat Ribut & Ombak Besar di Pulau Pinang, Rakyat Kecewa

 

“Harga Masih Boleh Nego, Bro”

Walaupun senarai harga permulaan mencecah RM8 juta, hampir semua ejen hartanah yang mempromosikan pulau ini menyatakan harga masih terbuka untuk perbincangan. Jadi, siapa cepat, dia dapat.

Impian Atau Pelaburan? Kenapa Tak Kedua-Duanya?

Bayangkan bangun pagi dengan pemandangan laut dari teras rumah sendiri. Atau jadikan lokasi ini sebagai tapak perniagaan seperti glamping resort atau retreat privasi — sambil tunggu nilai tanah terus melonjak.

Sama ada untuk impian peribadi atau pelaburan komersial, Pulau Jemuruk sememangnya tawaran yang menarik untuk mereka yang serius.

Author : Tiktok

@azreen_ali

Pulau Persendirian Untuk Dijual – Langkawi Pulau Jemuruk, Ayer Hangat | RM8 Juta (Nego) Miliki syurga eksklusif anda di Langkawi! #langkawi #privateisland #realestatemalaysia #pelaburanhartanah #propertyinvestment #pulauuntukdijual #luxuryproperty #fyp #foryou #foryoupage #islandlife #resortidea #malaysiaproperty #investnow #hotproperty #tanahuntukdijual

♬ Soft Piano Background Version 1 - makesound

Author : Ahmad Tarziman