· · ·

Datuk Gagal Bayar Sewa Rumah 8 Bulan, Tuan Rumah Dedah Terpaksa Jual Emas Tampung Bayaran Pinjaman

Seorang individu bergelar Datuk menjadi perhatian selepas dilaporkan gagal melunaskan sewa rumah selama hampir lapan bulan, memaksa tuan rumah menanggung beban pinjaman bank yang mencecah hampir RM10,000 sebulan.

Menurut laporan, Datuk berkenaan kerap memberikan pelbagai alasan untuk mengelakkan pembayaran, walaupun tuan rumah telah memberi peluang berkali-kali. Kecewa dengan sikap tersebut, tuan rumah akhirnya meminta Datuk itu mengosongkan rumah mewah berkenaan.

Difahamkan, tuan rumah pada asalnya berniat menjual rumah tersebut kepada Datuk itu, namun rundingan gagal selepas Datuk berkenaan tidak membayar sewa dan ansuran seperti yang dijanjikan.

Meskipun diberi masa tambahan, pihak tuan rumah menyatakan mereka sudah bosan mendengar alasan demi alasan yang dikemukakan.

Dalam satu pendedahan di TikTok oleh Farez Adnan, dia menjelaskan bahawa ibu angkatnya terpaksa menjual emas dan menggunakan simpanan sendiri untuk menampung bayaran rumah, gara-gara tunggakan sewa tersebut.

Baca Juga : Ahli Politik Bergelar Datuk Dipenjara 6 Tahun Disabit Kesalahan Perdagangan Wanita

Baca juga :Kerana Hutang: Pereka Fesyen Datuk Vida Diserang, Muka Pecah Dihentak Kamera”

Farez juga mendakwa rumah yang bernilai jutaan ringgit itu semakin tidak terurus dan rosak akibat kelewatan pembayaran. Beliau menegaskan lebih baik Datuk tersebut keluar supaya penyewa atau pembeli baru boleh dicari.

 

“Semakin lama tidak dibayar, semakin tinggi beban hutang kepada bank,” katanya.

Tindakan menularkan isu ini diambil selepas pelbagai rundingan gagal dan tiada jalan penyelesaian tercapai.

Sumber : Tiktok

@farezadnanofficial

Saya bantu gunakan platform saya supaya nasib makcik saya terbela.

♬ original sound - Farez Adnan - Farez Adnan

By Tarziman — 28 Apr 2025, 03:39 PM