Netizen Geleng Kepala Wanita Ini Jadikan Video Anaknya Rosakkan Pelamin Pengantin Sebagai Konten Kelakar
Tular di media sosial, satu video menunjukkan seorang kanak-kanak bertindak merobohkan pelamin di majlis perkahwinan sehingga mencetuskan kemarahan pengantin perempuan. Lebih mengejutkan, insiden itu dijadikan bahan jenaka oleh ibu kanak-kanak tersebut menerusi video TikTok.
Video tersebut memaparkan ekspresi wajah kecewa pengantin perempuan yang ketika itu sedang menjalani sesi makan beradab. Dalam pada itu, seorang wanita tampil mengaku bahawa dia ialah ibu kepada kanak-kanak tersebut.
Menjawab komen netizen, wanita tersebut menyatakan bahawa dia tidak menyangka anaknya akan bertindak sedemikian. Menurutnya, ketika kejadian berlaku, anaknya sedang bermain dengan rakan-rakan sebaya di atas pelamin dan secara tidak sengaja menolak sofa yang menyebabkan keseluruhan struktur pelamin termasuk latar belakang tumbang.
“Saya tengah ambil gambar pengantin, anak saya naik pelamin main kejar-kejar. Rakan dia duduk atas kerusi, dan dia pula tolak sofa ke belakang. Saya sangka sofa je jatuh, tak sangka sekali dengan backdrop roboh,” jelas wanita itu dalam video.
Baca Juga : “Majlis Kahwin Terbatal Saat Akhir, Pengantin Lelaki Rugi Lebih RM30K – Dedah Ada Orang Ketiga”
Baca juga : “Pengantin Cool Je Bila Kuah Belacan Tumpah Atas Veil, Netizen Kagum!”
Meskipun pada waktu kejadian dia mengakui merasa malu dan marah, wanita itu berkata insiden itu menjadi lucu selepas ditonton semula. Dia turut berkongsi bahawa suaminya segera membantu memperbetulkan pelamin yang rosak sebelum mereka mengambil keputusan untuk beredar dari majlis kerana rasa malu.
Namun, tindakan wanita itu yang memuat naik video sambil ketawa dan menjadikan insiden itu sebagai konten lucu menerima kecaman hebat daripada netizen.
“Mengucap panjang tengok mak dia rasa lucu,” komen seorang pengguna di X. Ramai menyifatkan wanita itu sepatutnya tidak membuat kandungan sedemikian dan cukup sekadar memohon maaf kepada tuan majlis.
Ada juga yang menegaskan bahawa kejadian ini mungkin akan diingati pengantin seumur hidup, malah menuntut agar pihak keluarga kanak-kanak terbabit tampil membayar ganti rugi serta mengeluarkan permohonan maaf secara rasmi
.
Sumber : Twitter
Kes anak robohkan pelamin org so dgr lah mak dia explain sambil gelak2 lucu katanya... pic.twitter.com/JwIlFglh4O
— Faiz Fayeshz 🇲🇾 (@faizfayeshz) April 28, 2025
By Tarziman — 30 Apr 2025, 04:05 PM