· · ·

Jefri Nichol Hanya Bergurau, Bersumpah Tidak Pernah Meniduri Lebih 20 Wanita

Pelakon kontroversi Indonesia, Jefri Nichol akhirnya tampil menjelaskan isu yang tular melibatkan kenyataannya tentang pernah meniduri lebih 20 wanita.

Menerusi satu video TikTok yang memaparkan petikan temu bual program BBK (Bocah Bocah Kosong), Jefri menegaskan bahawa dia sebenarnya hanya bergurau dalam kenyataan tersebut.

“Saya bergurau, sumpah,” ujar Jefri, yang kini menjalinkan hubungan dengan personaliti media sosial, Ameera Khan.

Menurut Jefri, gurauan itu memberi kesan besar apabila dia terpaksa berdepan kehilangan beberapa tawaran kolaborasi dengan jenama dan produk komersial.

Baca Juga : Ameera Khan ‘Open-Minded’, Tak Kisah Babak Panas Jefri Nichol – “Saya Okay, Netizen Yang Tak Okay”

Baca juga : Jefri Nichol ‘Post’ Video Pegang Botol Minuman Keras? Netizen Malaysia mula tak senang duduk!

Untuk rekod, aktor filem Jakarta vs Everybody itu sebelum ini pernah membuat kenyataan terbuka bahawa dia pernah terlibat dalam hubungan seksual dengan ramai wanita, yang dianggap tidak bermoral oleh sebahagian besar masyarakat.

Bukan itu sahaja, Jefri turut pernah membuat kenyataan bahawa bahagian tubuh wanita yang paling menarik minatnya adalah punggung. Dia juga berangan-angan mahu menjalinkan hubungan one night stand dengan gamer dan pencipta kandungan, Catheez.

Kenyataan-kenyataan tersebut bukan sahaja mengundang kecaman hebat di media sosial, malah menjejaskan imej kekasihnya, Ameera Khan, yang turut terkena tempias daripada kontroversi tersebut.

Sumber : Tiktok

@atyyyyyyyyyyyyy

Ok makcik/pakcik bawang FB yg kecoh sangat kata ameera yg ke 21 la 22 la sila hadam ya. Nichol terpaksa berkata begitu di podcast kerana dia ambassador Vivo okay#nichol #LOVE #ameera #meerachol

♬ original sound - atyyyyyyyyyyyyy🇲🇾 - atyyyyyyyyyyyyy🇲🇾

By Tarziman — 05 May 2025,  10:39 AM