· · ·

Pelancong China Mengamuk Durian Malaysia Tak Sedap – Tapi Dah Licin Makan Sampai Habis

Tular di media sosial satu insiden melibatkan dua pelancong wanita dari China—seorang anak dan ibunya—yang berang selepas makan sebiji durian jenis ‘Hor Lor’ di Chew Jetty, Pulau Pinang.

Anehnya, aduan tersebut dibuat selepas mereka habis menikmati keseluruhan isi durian.

Insiden berlaku pada 26 April sekitar jam 6 petang, ketika mereka membeli sebiji durian berharga RM59 di sebuah gerai popular. Selepas selesai makan, mereka mendakwa isi durian tidak sedap, biji terlalu besar dan bertekstur kurang memuaskan.

Dalam video yang kini viral, pelancong itu kedengaran menengking, “Kalau saya bayar untuk ini, saya orang bodoh!”

Dia turut mempersoalkan tambahan bayaran RM9 selepas membayar RM50 terlebih dahulu, dan menuntut bayaran balik. Namun, pekerja gerai menjelaskan secara tenang bahawa kebanyakan pelanggan tidak pernah merungut tentang durian jenis tersebut.

Baca Juga : “Hari-Hari Jumpa Pelancong China, Tourist Guide Sabah Jadi ‘Master’ Bahasa Mandarin!”

Baca juga : Pengotor! pelancong China Wanita buat Onar ‘Melabur’ di luar homestay

Pengotor! pelancong China Wanita buat Onar ‘Melabur’ di luar homestay

Pemilik gerai, Sim Ho Gui, menjelaskan bahawa harga telah diberitahu awal dan pelancong diberi diskaun menjadi RM55. Tapi wanita itu tetap membayar RM50 dan kemudian menuntut pampasan.

Sim, seorang penanam durian berpengalaman lebih 20 tahun, berkata varieti ‘Hor Lor’ memang dikenali dengan biji besar. Katanya, mungkin pelancong itu tidak biasa dengan jenis durian tempatan.

Menariknya, pelancong China lain yang berada di lokasi turut campur tangan untuk menenangkan keadaan, menjelaskan bahawa di Malaysia, pelanggan sepatutnya berbincang tentang harga dan rasa sebelum makan—bukan selepas licin.

Sumber : Facebook

By Tarziman — 05 May 2025,  10:45 AM